I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Digelar ‘Silicon Valley’ Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Notification Show More
Latest News
Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen
20 Jun 2022
Tak Perlu Beratur Panjang Lagi! Rotiboy Kini Sudah Buka Cawangan Kedua Di Kuching
20 Jun 2022
Ada Menu Vegan, Nikmati Makanan Unik Di Cafe ‘Aesthetic’ Indah House Kuching
20 Jun 2022
Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Enseruit Yang Hanya Terdapat Di Borneo
Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Eksotik Enseruit Yang Terdapat Di Pulau Borneo
20 Jun 2022
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’
20 Jun 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Digelar ‘Silicon Valley’ Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 12/12/21 9:55 AM
Kongsi
5 Min Bacaan
Kongsi

Cantik dan serba moden!

Digelar ‘Silicon Valley’ Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup. “Inspirasi daripada Lembah Silikon di Selatan California, Amerika Syarikat. Ini adalah Lembah Silikon versi Sarawak,” demikian ujar Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg semasa majlis perasmiannya pada 22 November yang lalu.

TEGAS Digital Village atau singkatannya, TDV merupakan sebuah pusat inovasi yang diilhamkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari pada tahun 2017 yang lalu. TDV dibina dengan peruntukan berjumlah RM 44 juta berkonsepkan ‘bangunan hijau’ serta bertujuan untuk memudahkan pemindahan teknologi dan pengkomersialan selain untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di negeri ini.

Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar ‘Silicon Valley’ Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup

‘Launch pad’ untuk usahawan serta para inovator muda di Sarawak

Semasa perasmiannya, Ketua Menteri Sarawak turut berkata bahawa penubuhan TDV ini adalah selari dengan agenda Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022. Secara tidak langsung, TDV ini juga bakal menjadi sebuah ekosistem yang membolehkan orang ramai, terutamanya di Sarawak untuk memanfaatkan teknologi dalam pelbagai sektor ekonomi.

Antara startup Sarawak yang bertapak di TDV ini adalah seperti Borneo Digital, VM Creative Consultants, Mindswitch, Thirst, Trifold X, CtrlD, SnappEd/Austral Media, dan Cendana. Kesemua startup ini merupakan alumni program pecutan anjuran Tabung Gagasan Ekonomi Anak Sarawak (TEGAS) seperti TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp, TEGAS Startup Lab dan Sarawak Shell LiveWIRE.

Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup

Lihat fasiliti TDV yang menakjubkan ini!

TDV merangkumi ruang co-working 2 tingkat, kafe, bilik mesyuarat, bilik latihan, halaman belakang, ruang santai, serta auditorium untuk pitching dan aktiviti startup. Selain itu, pusat inovasi ini juga menempatkan pelbagai jenis makmal terbuka termasuklah tapak ujian IR4.0 bersama kolaborasi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Extended Reality (XR) Lab bersama kolaborasi Borneo Digital dan Trifold X, serta Makmal Inovasi SolidWorks bersama kolaborasi IME Technology.

Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup

Kafe bersebelahan pintu masuk untuk sembang santai

Startup yang memiliki akses ke TDV juga berpeluang untuk merasai keenakan makanan yang disediakan di Kanafora Cafe yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk utama. Kafe yang bertapak dalam bangunan TDV ini menghidangkan pelbagai menu yang lazat serta menyediakan suasana yang best untuk pengunjung duduk dan sembang santai.

Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup

Bangunan dengan seni bina moden dan ‘berjiwa muda’

Menjadi sebuah hub inovasi terutamanya untuk golongan muda, TDV juga disuntik dengan unsur-unsur seni mural graffiti daripada pelukis tempatan sendiri. Mural graffiti yang berwarna warni ini adalah salah satu ciri hiasan segar yang bertepatan dengan ‘vibes’ TDV yang mesra orang muda dalam membantu menarik minat mereka untuk meneroka dan meningkatkan perniagaan ke tahap global.

Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup
Digelar 'Silicon Valley' Sarawak, TEGAS Digital Village Miliki Infrastruktur Yang Best Dan Moden Untuk Startup

Sementara itu, Pengerusi TEGAS, Datu Len Taliff Salleh juga memberitahu bahawa misi TEGAS adalah untuk membantu pemindahan teknologi dan pengkomersialan serta memacu pertumbuhan startup menerusi rakan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Antara inisiatif yang bakal dijalankan di TDV adalah seperti program pemacu pertumbuhan dan scale-up, pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D), akses pasaran, membantu proses pembiayaan, inovasi korporat, penambahbaikan ekosistem serta sokongan harat intelek (IP).

Usahawan di Sarawak disokong oleh Hub Inovasi Digital TEGAS

Setakat ini, Hub Inovasi Digital milik TEGAS yang sebelum ini menjadi pusat utama aktiviti startup di Sarawak telah menyokong lebih 250 buah startup dan perniagaan sosial menerusi program pecutan anjuran TEGAS. Hub inovasi ini mempunyai 3 cawangan di seluruh Sarawak iaitu di Kuching, Bintulu dan Miri. Organisasi ini juga telah memberi manfaat kepada 11,000 peserta menerusi 230 program keusahawanan dan inovasi yang dianjurkan bersama rakan ekosistem sejak penubuhannya pada tahun 2017.

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) telah diamanahkan oleh kerajaan Sarawak untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan bagi membantu syarikat pemula (startup) serta membantu mereka mendapatkan manfaat daripada teknologi terkini dalam dunia yang serba pantas dan moden ini.

Jika anda merupakan golongan digital nomad dan usahawan yang sedang mencari ruang bekerja yang selesa, jangan lupa untuk cuba merasai keunikan TEGAS Digital Village!

Baca juga :

Nur Afifah 11 Disember 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ayat Berbaur Provokasi, Calon Aspirasi Diarah Tanggalkan Banner Di 'White Cat' Padungan Ayat Berbaur Provokasi, Calon Aspirasi Diarah Tanggalkan Banner Di ‘White Cat’ Padungan
Next Article Tidak Perlu Guna Tiket, Summer Mall Samarahan Kini Guna Sistem Pengesanan Nombor Plat Kenderaan Tidak Perlu Guna Tiket, Summer Mall Samarahan Kini Guna Sistem Pengesanan Nombor Plat Kenderaan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K

Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
#innovatesarawak

Sertai TEGAS Tech Immersion Programme, Latihan Teknologi 6 Bulan Khas Untuk Graduan

Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?