• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda ‘Speechless’

Oleh
Husna Hazmi
26 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Cantiknya Pulau Mabul ni!

Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda ‘Speechless’. Pulau Mabul di Sabah merupakan sebuah pulau kecil yang berbentuk bujur, dikelilingi pantai dan terletak di barat daya sebuah terumbu berukuran 200 hektar di perairan Laut Celebes di luar semenanjung Sabah.

Isi Isi Penting
  • Cantiknya Pulau Mabul ni!
  • Dikelilingi terumbu cerun lembut dan air yang jernih
  • Antara aktiviti menarik di Pulau Mabul
  • Pilih tempat penginapan yang paling sesuai
Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda 'Speechless'
Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda ‘Speechless’. Kredit gambar: Trip Hackers

Dikelilingi terumbu cerun lembut dan air yang jernih

Dikelilingi terumbu cerun lembut dan air yang jernih, pulau ini merupakan tempat asal bagi puak Bajau Laut di Sabah. Pulau Mabul juga berjaya mendapat pengiktirafan sebagai salah satu tapak selaman muck yang terbaik di dunia di samping mempunyai reputasi sebagai salah satu tempat terbaik untuk fotografi makro dasar laut di dunia.

Pulau Mabul juga terkenal kerana pulau ini merupakan habitat kepada pelbagai makhluk marin selain mempunyai biodiversiti yang menakjubkan. Air laut di pulau ini amatlah jernih dan jika anda berpeluang ke sini, ambillah sebanyak yang mungkin gambar buat dijadikan kenangan.

Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda 'Speechless'
Kredit gambar: Trip Hackers
Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda 'Speechless'
Kredit Gambar: Jom Jalan

Antara aktiviti menarik di Pulau Mabul

Aktiviti yang paling popular di pulau ini adalah menyelam permukaan (snorkeling) di mana terdapat lebih daripada sepuluh tapak menyelam yang popular di sini! Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi aktiviti menarik jika anda singgah di Pulau Mabul ini.

Antaranya adalah, aktiviti menyelam permukaan (snorkeling), kayak, melawat kampung Bajau Laut, melihat keindahan matahari terbit dan terbenam, melihat bintang, jelajah pulau ke pulau (Island hopping), spa dan banyak lagi aktiviti menarik yang lain.

Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda 'Speechless'
Sipadan Mabul Resort. Kredit gambar: Amazing Borneo
Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda 'Speechless'
Mabul Water Bungalows . Kredit gambar: mabulwaterbungalows.com
Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda 'Speechless'
Sipadan Water Village . Kredit gambar: @sipadanwatervillageresort 
Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda 'Speechless'
Borneo Diverse Mabul Resort . Kredit Gambar: Cari Destinasi
Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda 'Speechless'
Seaventures Dive Resort . Kredit Gambar: ZuBlu

Pilih tempat penginapan yang paling sesuai

Di pulau ini juga, anda boleh pilih tempat penginapan yang paling sesuai buat anda! Terdapat beberapa tempat penginapan di Pulau Mabul antaranya ialah, Sipadan Mabul Resort, Mabul Water Bungalows, Sipadan Water Village, Borneo Diverse Mabul Resort dan juga Seaventures Dive Resort.

Setiap tempat penginapan mempunyai keunikan dan keistimewaannya sendiri. Apa yang anda perlu buat adalah, pilih sahaja tempat penginapan yang sesuai dan semestinya mesra bajet buat diri anda!

Jadi tunggu apa lagi? Dah bolehlah mula kumpul duit untuk bercuti kan!

Ketahui tempat menarik di Sabah lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Teaser' Di Lapangan Terbang Kuching, 4 Fingers Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak! ‘Teaser’ Di Lapangan Terbang Kuching, 4 Fingers Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak!
Next Article [VIDEO] Lihat ‘Ultraman’ Ini Main Biola Merdu Lagu ‘Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu’ Di Tamu Gaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?