• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] Lihat ‘Ultraman’ Ini Main Biola Merdu Lagu ‘Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu’ Di Tamu Gaya

Oleh
Ismail NA
26 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Merdu betul dia main. Dengar depan-depan mesti lagi syok.

[VIDEO] Lihat ‘Ultraman’ Ini Main Biola Merdu Lagu ‘Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu’ Di Tamu Gaya. Ramai orang memanfaatkan kelebihan yang ada pada dirinya untuk mencari rezeki. Tetapi, tidak ramai yang menggunakan kelebihan tersebut dengan cara yang kreatif dan unik.

Isi Isi Penting
  • Merdu betul dia main. Dengar depan-depan mesti lagi syok.
  • Gaya tersendiri Encik Ultraman tarik perhatian pengunjung
  • Cari rezeki cara unik dan kreatif
  • Tamu Kota Belud pun best tau! Jom baca artikel berikut:

Inilah yang dilakukan oleh seorang individu yang beraksi di Pasar Tamu, Gaya Street, Kota Kinabalu pada pagi Ahad semalam.

[VIDEO] Lihat 'Ultraman' Ini Main Biola Merdu Lagu 'Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu' Di Tamu Gaya
[VIDEO] Lihat ‘Ultraman’ Ini Main Biola Merdu Lagu ‘Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu’ Di Tamu Gaya. Sumber: FB Tempat-Tempat Menarik di Sabah

Gaya tersendiri Encik Ultraman tarik perhatian pengunjung

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, kelihatan seorang individu yang mengenakan sut persalinan Ultraman sedang asyik menggesek biolanya. Ketika rakaman video, individu terbabit sedang memainkan lagu terkenal Sabah, ‘Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu’.

Gesekan biolanya mengiringi muzik latar minus one yang dimainkan menerusi corong pembesar suara yang ada di sampingnya selain meletakkan bakul wang di hadapannya.

Ultraman ini melakukan persembahannya di kawasan Pasar Tamu, Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah. Seperti kebiasaannya, pasar tamu di Gaya Street ini akan menjadi lebih meriah pada hari Ahad kerana banyak gerai-gerai jualan yang dibuka pada hujung minggu.

Persembahan busking oleh Mr.Ultraman di Tamu Gaya.

Gemersik sayu alunan biola di Tamu Gaya oleh Mr.Ultraman, dengan lagunya bertajuk Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. 🥰😍🤩🤩😘

Posted by Tempat-Tempat Menarik di Sabah on Saturday, June 25, 2022

Cari rezeki cara unik dan kreatif

Pastinya ini adalah peluang terbaik untuk para busker seperti Ultraman ini mencari rezeki menerusi bakat yang dimilikinya. Tambahan pula, suasana ini pastinya menjadi daya tarikan untuk orang ramai lebih tertarik untuk berkunjung ke pasar tamu itu.

Persembahan yang merdu serta gaya busking yang unik daripada Ultraman ini telah memukau orang ramai yang melalui kawasan terbabit. Ramai yang singgah berhenti untuk menonton dan mendengar gesekan merdu secara langsung Encik Ultraman ini.

Sumber: FB Tempat-Tempat Menarik di Sabah

Jika anda berkunjung ke Pasar Tamu Gaya Street, jangan lupa untuk mencari Encik Ultraman ini dan melihat sendiri aksinya. Bukan aksi melawan raksasa, tetapi menggesek biola dengan merdu sekali! Hehe.

Tamu Kota Belud pun best tau! Jom baca artikel berikut:

SUMBER :FB Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda ‘Speechless’
Next Article Ini 8 Iklan Nostalgia Lakonan Arwah Adibah Noor Yang Diingati Sehingga Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?