• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda

Oleh
Husna Hazmi
22 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Jangan lupa jaga kesihatan!

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda. Seperti yang kita ketahui, negara kini mengalami keadaan cuaca yang panas membahang sehingga membuatkan ramai jatuh sakit.

Isi Isi Penting
  • 1. Pastikan anda minum banyak air kosong/air suam
  • 2. Sentiasa guna sunblock atau sunscreen (sebaiknya SPF 50)
  • 3. Kurangkan aktiviti di luar
  • 4. Pilih pakaian yang sesuai
  • 5. Jika cuaca berjerebu, jangan lupa pakai pelitup muka

Bagi mengelak daripada penyakit seperti Strok Haba, Demam, Batuk, Ruam Panas dan banyak lagi, ia adalah amat penting bagi diri kita untuk bersedia awal menghadapi musim panas berpanjangan ini.

Jadi mari kita lihat apakah lima langkah penting yang perlu dilakukan di musim panas ini agar kesihatan kita terjamin:

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda
Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda

1. Pastikan anda minum banyak air kosong/air suam

Walaupun semua tahu mengenai perkara ini, namun tidak semua mempraktikkannya kerana ramai yang lebih tergoda dengan minuman manis berais.

Minuman manis berais atau minuman berais yang terlalu banyak diambil ketika cuaca panas melampau boleh menjejaskan kesihatan. Selain dari air suam, anda juga boleh minum air 100 plus dalam kadar sederhana bagi mengekalkan hidrasi diri anda.

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda

2. Sentiasa guna sunblock atau sunscreen (sebaiknya SPF 50)

Untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini pada kulit anda terutamanya bagi golongan yang mempunyai kulit sensitif, anda perlu membawa sunblock di mana-mana anda berada kerana ia amat penting untuk melindungi kulit anda.

Bukan sekadar di luar rumah, di dalam rumah juga anda perlu menggunakan sunblock atau sunscreen ini. Apabila cuaca berada di tahap panas yang melampau, ia boleh memberikan kesan buruk kepada kulit kita yang mungkin akan meninggalkan kesan atau parut.

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda

3. Kurangkan aktiviti di luar

Pastikan anda luangkan masa anda duduk di dalam rumah atau dalam bangunan dan elakkan daripada kerap keluar di kawasan terbuka. Lebih lama anda berada di luar pada musim panas ini, lebih tinggi risiko anda untuk terkena strok haba.

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda

4. Pilih pakaian yang sesuai

Di Malaysia sudah menjadi trend di mana ramai yang suka menggayakan baju Hoodie, Sweater, atau Sweatshirt. Namun demikian, ia adalah amat tidak digalakkan untuk anda memakai pakaian tebal sedemikian kerana ia boleh menyerap haba dan membuatkan anda berasa lebih panas serta tidak selesa.

Oleh itu, anda perlu menggunakan baju yang sesuai dan lebih nipis seperti baju yang menggunakan fabrik sejuk agar ia boleh membantu meresap haba serta peluh.

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda

5. Jika cuaca berjerebu, jangan lupa pakai pelitup muka

Baru-baru ini, pakar kesihatan telah mengeluarkan amaran di mana jerebu berkemungkinan akan melanda. Oleh itu, anda perlu lebih berwaspada dan memakai pelitup muka jika berada di luar. Ingat, hadkan masa anda di luar bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Dalam gembira menyambut hari lebaran, jangan lupa jaga kesihatan anda. Kekalkan juga tenaga dengan makan banyak makanan berkhasiat dan jangan lupa minum air suam sebanyak yang mungkin!

Lagi artikel terkini untuk anda di sini:

Kuching Catat Indeks Pencemaran Udara Tertinggi Di Sarawak
Cuaca Panas Dan Kering Di Sarawak, Mesyuarat Akan Diadakan Bagi Elak Bencana Jerebu
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Terbuka Premier Sarawak ‘Happening’, Rakyat Berbilang Kaum Datang Meriahkan Suasana
Next Article Syarikat Penerbangan Sarawak Akan Mula Beroperasi Selepas Memperoleh 4 Buah Pesawat Syarikat Penerbangan Sarawak Akan Mula Beroperasi Selepas Memperoleh 4 Buah Pesawat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?