• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sempena Sambutan Raya Aidilfitri, Ini 5 Adab Ziarah Rumah Orang Yang Perlu Diingati

Oleh
Husna Hazmi
22 April 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Sebelum nak ziarah rumah orang ingat ini dahulu!

Sempena Sambutan Raya Aidilfitri, Ini 5 Adab Ziarah Rumah Orang Yang Perlu Diingati. Pertama sekali, salam Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca artikel I Love Borneo, kami amat menghargai jasa anda yang sanggup meluangkan masa untuk page kami.

Isi Isi Penting
  • 1. Menetapkan had waktu menziarah rumah dan tanya dahulu tuan rumah jika ingin berkunjung
  • 2. Jangan tanya ada duit raya tak?
  • 3. Jangan sesuka hati masuk di dalam bilik/ruang peribadi tuan rumah
  • 4. Jangan complain kalau makanan yang dihidangkan tidak menepati citarasa anda
  • 5. Awasi tingkah laku anak-anak di hari Raya

Untuk artikel kali ini, mari kita tekankan serba sedikit mengenai adab dalam menziarahi rumah tetangga sesama Islam kita di musim perayaan ini. Tidak kiralah jika anda akrab dengan tuan rumah atau berkongsi sama DNA sekalipun adab ini harus ditekankan.

Sebagai tuan rumah, kedatangan para tetamu adalah amat dinantikan serta dialu-alukan namun ada batasnya tau.

Sempena Sambutan Raya Aidilfitri, Ini 5 Adab Ziarah Rumah Orang Yang Perlu Diingati
Sempena Sambutan Raya Aidilfitri, Ini 5 Adab Ziarah Rumah Orang Yang Perlu Diingati. Gambar sekadar hiasan

1. Menetapkan had waktu menziarah rumah dan tanya dahulu tuan rumah jika ingin berkunjung

Jika berkunjung di rumah orang di hari Raya, anda perlu mengehadkan masa anda dalam menziarahi rumah berkenaan. Ini kerana kita tidak tahu jika tuan rumah juga mempunyai rancangan untuk keluar beraya juga. Lagipun, tak manislah kalau lepak rumah orang di hari raya dari pagi sampai malam!

Tanya dahulu tuan rumah jika anda boleh datang ke tidak kerana tuan rumah juga perlu membuat persediaan untuk melayan anda. Janganlah datang di awal pagi ketika tuan rumah belum bangun lagi ye.

Sempena Sambutan Raya Aidilfitri, Ini 5 Adab Ziarah Rumah Orang Yang Perlu Diingati
Gambar sekadar hiasan

2. Jangan tanya ada duit raya tak?

Jika anda menziarahi rumah saudara sesama Islam di hari lebaran yang penuh riang gembira ini, pastikan anda tidak menanyakan soalan cepumas sedemikian! Tidak kira usia, Ibu Bapa perlu mendidik anak agar tidak menanyakan soalan sedemikian jika datang beraya ke rumah orang. Orang dewasa dan remaja pula, kalau tanya soalan ini, memang tak tahulah nak cakap macam mana lagi.

3. Jangan sesuka hati masuk di dalam bilik/ruang peribadi tuan rumah

Ini adalah salah satu perkara yang paling penting yang semua perlu ingati sampai bila-bila. Jika bilik peribadi tuan rumah itu telah ditutup pintunya, anda jangan sesekali pergi membuka dan memeriksa keadaan bilik tersebut pula. Perkara ini bukan sekadar akan meninggalkan impak negatif terhadap diri anda kepada tuan rumah, malah anda seolah-olah tidak menghormati privasi tuan rumah berkenaan.

Sempena Sambutan Raya Aidilfitri, Ini 5 Adab Ziarah Rumah Orang Yang Perlu Diingati
Gambar sekadar hiasan

4. Jangan complain kalau makanan yang dihidangkan tidak menepati citarasa anda

Salah satu daripada common sense in life ianya adalah amat penting bagi para tetamu untuk menerima dengan penuh rasa syukur sajian yang telah diberikan oleh tuan rumah. Melainkan anda ada alergi yang merbahaya di mana anda memang perlu memberitahu tuan rumah terlebih dahulu, jangan sesekali memberi maklum balas negatif mengenai makanan di rumah yang anda ziarahi. Bagi menghormati serta menjaga hati tuan rumah, apa yang anda boleh buat adalah ucapkan terima kasih atas hidangan disediakan dan berikan senyuman ikhlas anda, senangkan?

Sempena Sambutan Raya Aidilfitri, Ini 5 Adab Ziarah Rumah Orang Yang Perlu Diingati
Gambar sekadar hiasan

5. Awasi tingkah laku anak-anak di hari Raya

Memang tidak dapat dinafikan kanak-kanak ini aktif dan ceria di kebanyakkan waktunya. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, tingkah laku anak anda adalah amanah anda. Janganlah sampai anak-anak kecil yang datang menziarahi rumah orang ini melampaui batas seperti, sesuka hati memecahkan balang raya tuan rumah, terlampau bising sehingga mengganggu semua orang, menyepahkan rumah orang dan lain-lain.

Bukannya nak menyalahkan kanak-kanak ini, tetapi tingkah laku seperti ini boleh dibendung awal jika ibu bapa berpesan dan melatihkan anak mereka agar menjaga kelakuan di rumah orang.

Itu sahaja adab yang wajib ditekankan jika menziarahi rumah orang di hari raya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri semua!

Lagi artikel menarik di hari raya buat anda di sini:

Pening Sental Perkakas Dapur Yang Hangus Berkerak, Ketahui Tips Cuci Dengan Mudah
Tak Tahu Nak Hidang Apa Untuk ‘Open House’ Nanti? Lihat Senarai Menu Menarik Di Sini
SUMBER : TZKRH
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pening Sental Perkakas Dapur Yang Hangus Berkerak, Ketahui Tips Cuci Dengan Mudah Pening Sental Perkakas Dapur Yang Hangus Berkerak, Ketahui Tips Cuci Dengan Mudah
Next Article Petronas ROVR, Stesen Minyak Mini Dan 'Hidden' Di Sebuyau Petronas ROVR, Stesen Minyak Mini Dan ‘Hidden’ Di Sebuyau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?