• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Dijangka Meningkat Sehingga 10%, Harga Barang Kering Dan Pakaian Di Seluruh Cawangan Mydin Bakal Naik

Oleh
Nazihah AN
17 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Dijangka Meningkat Sehingga 10%, Harga Barang Kering Dan Pakaian Di Seluruh Cawangan Mydin Bakal Naik

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Datuk Ameer Ali Mydin

Dijangka Meningkat Sehingga 10%, Harga Barang Kering Dan Pakaian Di Seluruh Cawangan Mydin Bakal Naik. Dipetik dari Sinar Harian, bahawa Pengarah Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin telah menyatakan bahawa akan berlakunya kenaikan harga bagi makanan kering dan pakaian pada tahun ini. Beliau berkata kenaikan harga itu didorong oleh faktor luaran yang menyebabkan harga lebih tinggi.

Beliau turut memberitahu kepada pihak media Sinar Harian bahawa harga makanan kering seperti biskut, sardin dan milo dijangka meningkat 8 hingga 10 peratus. Manakala harga bagi pakaian pula, beliau turut menjangkakan bahawa berlakunya peningkatan 10 hingga 15 peratus.

Kenaikan harga barang-barangan ini disebabkan oleh kemasukan barangan baharu.

Dijangka Meningkat Sehingga 10%, Harga Barang Kering Dan Pakaian Di Seluruh Cawangan Mydin Bakal Naik
Dijangka Meningkat Sehingga 10%, Harga Barang Kering Dan Pakaian Di Seluruh Cawangan Mydin Bakal Naik. Sumber gambar: Tech Wire Asia

Harga barang-barang ini naik atas sebab tertentu

“Kita telah diberitahu oleh ramai pengilang bahawa barang akan naik sebab tertentu (seperti) harga bahan mentah dan kos logistik telah naik.” jelas beliau kepada pihak media.

Telah dilaporkan juga bahawa, kenaikan harga komoditi ini tiada kena mengena dengan kerajaan, tiada apa yang boleh dilakukannya.

“Kita (menyertai) perdagangan antarabangsa. Jangan salahkan kerajaan. Ini bukan soal kerajaan. Apa yang penting kerajaan bantu.” ujar beliau.

Beliau juga menasihati pembeli untuk membuat pilihan yang terbaik semasa membeli. Contohnya, pilih jenama yang lebih murah daripada jenama mahal. Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya kurang berbelanja, contohnya jika sebelum ini membeli dua helai baju, hanya perlu membeli sehelai baju sahaja sekarang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Situasi Murid Hadapi Bahaya Di Sabah, Kali Ini Bersesak Atas Bot Tanpa Jaket Keselamatan Lagi Situasi Murid Hadapi Bahaya Di Sabah, Kali Ini Bersesak Atas Bot Tanpa Jaket Keselamatan
Next Article Hanya Mengambil Swafoto Selama 5 Tahun, Pelajar Lelaki Indonesia Ini Raih Hampir 1 Juta USD Di NFT Hanya Mengambil Swafoto Selama 5 Tahun, Pelajar Lelaki Indonesia Ini Raih Hampir 1 Juta USD Di NFT

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?