• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Hanya Mengambil Swafoto Selama 5 Tahun, Pelajar Lelaki Indonesia Ini Raih Hampir 1 Juta USD Di NFT

Oleh
Nazihah AN
17 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Hanya Mengambil Swafoto Selama 5 Tahun, Pelajar Lelaki Indonesia Ini Raih Hampir 1 Juta USD Di NFT

Hanya dengan jual swafoto di NFT dapat hasil AS$1 juta, gilalah!

Dipetik dari Crypto Briefing, pelajar lelaki dari Indonesia tidak menyangka bahawa koleksi swafoto (selfie) dirinya yang melihat ke arah skrin komputernya hampir setiap hari sejak lima tahun lalu telah menjadikan dirinya seorang jutawan selepas ianya dijual pada harga 1 juta USD bersamaan dengan RM 4.1 juta.

Isi Isi Penting
  • Hanya dengan jual swafoto di NFT dapat hasil AS$1 juta, gilalah!
  • Pada mulanya gambar swafoto tersebut digunakan untuk video permulaan sekolah.
  • “Asalkan gambar swafoto saya tak disalahgunakan” -Ghozali
  • Lagi di sini:

Pelajar kolej Indonesia Ghozali Ghozalo telah membuat koleksi swafoto bermula dari 2017 hingga 2021 untuk dijual di laman NFT sehingga ianya mampu mencecah hasil pulangan yang besar dalam beberapa hari sahaja.

Ghozali mula menjual NFTnya dengan harga $3 setiap satu setiap pada hari Ahad. Kini, harga telah mencecah melebih $1,000 untuk setiap token. Setakat ini telah dilaporkan bahawa beratus-ratus imej swafoto Ghozali telah dibeli dan dijual dengan jumlah dagangan keseluruhan mencecah 293 mata wang Ethereum atau AS$986,485 (RM4.1 juta).

Hanya Mengambil Swafoto Selama 5 Tahun, Pelajar Lelaki Indonesia Ini Raih Hampir 1 Juta USD Di NFT
Akaun OpenSea Ghozali di mana dia menjual gambar swafotonya. Hanya Mengambil Swafoto Selama 5 Tahun, Pelajar Lelaki Indonesia Ini Raih Hampir 1 Juta USD Di NFT

Hanya Mengambil Swafoto Selama 5 Tahun, Pelajar Lelaki Indonesia Ini Raih Hampir 1 Juta USD Di NFT
Ghozali ditemu ramah oleh pihak media di Indonesia. Sumber gambar: Kabar24.bisnis.com

Pada mulanya gambar swafoto tersebut digunakan untuk video permulaan sekolah.

“Saya mengambil gambar diri saya sendiri sejak saya berumur 18 hingga 22 tahun (2017-2021)…ia benar-benar gambar saya berdiri di hadapan komputer hari demi hari.” jelas Ghozali di akaun profilnya sendiri di OpenSea.

Walau bagaimanapun, koleksi swafotonya tersebut hanya mengandungi sebanyak 933 imej, menunjukkan bahawa dia tidak mengambilnya setiap hari dalam jangka masa tersebut dan dijual di bawah koleksi ‘Ghozali Everyday’ di OpenSea.

Foto-foto tersebut pada asalnya diambil untuk digunakan dalam video permulaan sekolah, akan tetapi Ghozali kemudiannya memutuskan untuk menjadikan foto tersebut menjadi satu siri token yang tidak boleh digunakan dan dijual di pasaran NFT OpenSea.

Ghozali dalam satu ciapan di Twitter berkata, dia tidak menyangka bahawa imej-imej swafoto dirinya akan terjual pada harga mencecah jutaan dolar.

today sold more than 230+
and until now I don't understand why you want to buy #NFT photos of me !!!

but i thank you guys for 5 years of effort paid off pic.twitter.com/nHZJnowCMC

— Ghozali_Ghozalu (@Ghozali_Ghozalu) January 11, 2022

my goal of taking pictures of myself for 5 years is just for this video

and in the future for this year hopefully I will graduate from college and be able to take my graduation photo, it will be a cool triphttps://t.co/sBdKmtzvXe

— Ghozali_Ghozalu (@Ghozali_Ghozalu) January 12, 2022

“Asalkan gambar swafoto saya tak disalahgunakan” -Ghozali

Ghozali turut memberitahu kepada komuniti NFT untuk menjaga gambarnya

“Anda boleh melakukan apa sahaja seperti terbalikkan atau apa sahaja tetapi tolong jangan menyalahgunakan foto saya. Atau ibu bapa saya akan berasa sangat kecewa dengan saya.” tambah Ghozali.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dijangka Meningkat Sehingga 10%, Harga Barang Kering Dan Pakaian Di Seluruh Cawangan Mydin Bakal Naik Dijangka Meningkat Sehingga 10%, Harga Barang Kering Dan Pakaian Di Seluruh Cawangan Mydin Bakal Naik
Next Article Sistem Maybank 'Down' Lagi, Pengguna Alami Kesukaran Untuk Membuat Transaksi Sistem Maybank ‘Down’ Lagi, Pengguna Alami Kesukaran Untuk Membuat Transaksi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?