• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dijemput Nyanyi Bersama, Netizen Puji Persembahan Duet Bob Yunus Dengan Cakra Khan

Oleh
Husna Hazmi
8 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Gandingan yang mantap dari Cakra Khan Dan Bob Yunus.

Dijemput Nyanyi Bersama, Netizen Puji Persembahan Duet Bob Yunus Dengan Cakra Khan. Baru-baru ini penyenyi terkenal dari Indonesia telah datang ke Kuching, Sarawak untuk membuat Konsert Mini, ‘A Night to Remember with Cakra Khan’ bersempena program FACA FEST 2023 di UNIMAS.

Cakra Khan yang terkenal dengan lagunya ‘Kekasih Bayangan’ itu telah mempersembahkan 5 buah lagu secara langsung sempena konsert mini tersebut. Kedatangan Cakra Khan itu mendapat sambutan meriah dari para peminatnya di sini.

Dijemput Nyanyi Bersama, Netizen Puji Persembahan Duet Bob Yunus Dengan Cakra Khan
Dijemput Nyanyi Bersama, Netizen Puji Persembahan Duet Bob Yunus Dengan Cakra Khan. Sumber foto: FB Bob Yunus

Persembahan duet Cakra Khan bersama Bob Yunus

Pada konsert mini tersebut Cakra Khan ada membuat persembahan duet bersama Bob Yunus yang merupakan seorang pemuda bersuara merdu penuh bakat dari Sarawak.

Bob Yunus sebelum mula menjadi bualan ramai apabila videonya menyanyi lagu runut bunyi untuk filem Tentang Dia (2005) yang bertajuk ‘Cinta’ di TikTok mendapat perhatian penyanyi terkenal Indonesia Melly Goeslaw pada 2021.

Sejak itu Bob Yunus sering memuat naik nyanyiannya di media sosial dan telah mendapat perhatian ramai artis terkenal dari Malaysia serta Indonesia termasuklah Cakra Khan sendiri! Cakra Khan sebelum ini pernah memberi reaksi di sebuah video nyanyian Bob Yunus di Youtube.

Dijemput Nyanyi Bersama, Netizen Puji Persembahan Duet Bob Yunus Dengan Cakra Khan
Sumber foto: FB Bob Yunus

Menyanyi lagu ‘Kekasih Bayangan’

Bagai impian menjadi kenyataan, Bob Yunus pada tahun ini berjaya membuat persembahan satu pentas bersama Cakra Khan sendiri!

Menyanyi lagu ‘Kekasih Bayangan’ duet bersama Cakra Khan di Konsert Mini FACA FEST 2023 itu, para penonton semuanya terpegun dengan keindahan nyanyian dua pemuda berbakat ini.

Dalam perkongsian Bob Yunus di Facebooknya, ini merupakan memori indah di awal tahun 2023 baginya dan beliau turut berkongsi videonya menyenyi bersama Cakra Khan itu.

Dijemput Nyanyi Bersama, Netizen Puji Persembahan Duet Bob Yunus Dengan Cakra Khan
Sumber foto: Tangkap layar dari FB Bob Yunus

Gandingan mantap Bob Yunus dan Cakra Khan

Netizen di ruangan komen rata-ratanya memuji persembahan mereka dan mengatakan gandingan dua pemuda berbakat ini memang mantap!

Ramai yang memuji sara Bob Yunus dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya menyanyi satu pentas bersama bintang popualr dari Indonesia iaitu Cakra Khan.

Selamat maju jaya dan semoga kekal sukses Bob Yunus!

Sebelum ini Bob Yunus pernah dilamar bakat dari Melly Goeslaw:

Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Jom Sendu Bersama, Konsert Tentang Kita Ini Bakal Diadakan Bulan September Ini
SUMBER :FB Bob Yunus
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tempat Awam Di Tawau Tercemar Dan Dipenuhi 'Palauh', Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tempat Awam Di Tawau Tercemar Dan Dipenuhi ‘Palauh’, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Next Article Cuma Satu Bank Sahaja, Warga Batu Niah Berang Hampir Kesemua ATM Di Bank Ini Tiada Wang Cuma Satu Bank Sahaja, Warga Batu Niah Berang Hampir Kesemua ATM Di Bank Ini Tiada Wang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?