• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw

Oleh
Ismail NA
31 Julai 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Wah! Tahniah Bob!

Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw. Memiliki suara yang lunak dan sedap didengar adalah anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada sesetengah manusia. Salah seorang daripadanya adalah Bob Yunus, pemuda berusia 21 tahun yang berasal dari Asajaya, Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Wah! Tahniah Bob!
  • Selamba tarik suara, tak struggle pun!
  • DM dari Melly Goeslaw umpama mimpi buat Bob
  • “Keren! Mirip suara Cakra Khan” – Netizen Indonesia
  • Tidak hirau kecaman tentang paras rupa
  • Mula menyanyi sejak sekolah rendah
  • Ini pun tak kurang hebatnya :

Beliau yang aktif memuat naik video nyanyiannya di platform TikTok mendapat durian runtuh apabila videonya menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem Tentang Dia (2005) yang bertajuk ‘Cinta’ tular di negara jiran Indonesia sehingga mendapat perhatian daripada penyanyi tersohor Indonesia iaitu Melly Goeslaw.

@bobyunus69

cinta by melly goeslaw remake

♬ original sound – Bob Yunus

Selamba tarik suara, tak struggle pun!

Sehingga artikel ini diterbitkan, video nyanyian Bob ini telah mendapat 4.6 juta tontonan. Menariknya, beliau menyanyikan lagu bernada tinggi itu dengan gaya bersahaja di hadapan cermin tanpa menunjukkn reaksi ‘struggle’!

Kemerduan suara Bob juga sempat menjadi buah mulut dan perhatian media hiburan di sana. Cayalah Bob!

Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Sumber : FB Bob Yunus

DM dari Melly Goeslaw umpama mimpi buat Bob

Lantaran video yang tular itu, beliau sendiri tidak menyangka dan terasa seperti mimpi apabila penyanyi tersebut menghubunginya menerusi DM Instagram dan memuji suara lunak Bob Yunus. Bukan itu sahaja, pemuda ini juga menerima tawaran daripada penyanyi itu untuk merakamkan semula single lagu berjudul ‘Cinta’ nyanyian asal Melly Goeslaw!

Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw. Sumber : FB Bob Yunus

Kehebatan nyanyian Bob juga diabadikan oleh Melly dengan memuat naiknya semula di laman Instagram beliau. Fuh power!

View this post on Instagram

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

“Keren! Mirip suara Cakra Khan” – Netizen Indonesia

Netizen di Indonesia dan Malaysia memuji suara Bob Yunus dengan mengatakan bahawa suaranya kedengaran seperti gabungan suara Cakra Khan dan Afgan sehingga kebanyakannya netizen rasa meremang dan menusuk ke jiwa mendengar nyanyiannya itu.

Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Sumber : IG kepoin_trending
Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Sumber : IG kepoin_trending
Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Sumber : TikTok Bob Yunus
Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Sumber : TikTok Bob Yunus
Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Sumber : TikTok Bob Yunus
Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Sumber : TikTok Bob Yunus

Cakra Khan sendiri sempat memberi reaksi kepada nyanyian Bob Yunus ketika beliau menyanyikan lagu ‘Cinta Dalam Hati’.

“Suara nya bagus sekali. Tone dia juga sangat baik!””

Cakra Khan

Netizen yang turut tumpang gembira dengan kejayaan yang dikecapi oleh Bob ini mengharapkan agar tuah Bob terus bersinar dan mengembangkan lagi bakat nyanyian di Indonesia.

Tidak hirau kecaman tentang paras rupa

Terdahulu, Bob Yunus juga pernah tular di Malaysia sekitar awal tahun ini dengan video nyanyiannya di TikTok sehingga mendapat pujian ramai orang meskipun paras rupanya bukanlah paras rupa yang ideal buat kebanyakan penyanyi.

Pernah menerima kecaman di media sosial kerana paras rupanya, Bob menyifatkan perkara seperti itu tidak dihiraukannya malah beliau fokus kepada permintaan orang ramai yang meminta Bob untuk menyanyikan lagu pilihan mereka di platform media sosial. Bahkan, Bob Yunus juga percaya bahawa bakat dan kelebihan yang dimiliki tidak perlu dipendam. Yang penting, yakin dengan diri sendiri.

Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Sumber : FB Bob Yunus

Mula menyanyi sejak sekolah rendah

Menerusi temu bual dengan media tempatan, Bob Yunus atau pemilik nama sebenar Mohammad Haziq Yunus ini mula minat menyanyi sejak dari sekolah rendah dan pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian. Walau bagaimanapun, bakat emas yang dimilikinya mula disedari sejak berada di Tingkatan 1. Sejak itu, beliau mula menyanyi dengan lebih serius dan akan menyertai pelbagai acara nyanyian walaupun pada acara sukaneka.

Bob mula aktif di laman media sosial sepertti Facebook, Instagram dan TikTok dengan memuat naik video nyanyiannya pada tahun 2019.

Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Sumber : FB Bob Yunus

Beliau merupakan seorang penuntut dalam bidang Pengurusan Pejabat di sebuah universiti tempatan di Kota Samarahan. Kini, Bob mempunyai seramai lebih 200 ribu pengikut di TikTok dan berhasrat untuk memperluaskan lagi pendengar dan penonton nyanyiannya ke saluran yang lain seperti YouTube.

Selamat maju jaya buat Bob Yunus!

Ini pun tak kurang hebatnya :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen
Next Article Kes Di ICU Menurun, Labuan Dan Sarawak Contoh Terbaik Vaksinasi Di Malaysia Kes Di ICU Menurun, Labuan Dan Sarawak Contoh Terbaik Vaksinasi Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?