• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dijenamakan Semula, Sarawak Pay Akan Dikenali Sebagai S PAY GLOBAL

Oleh
ILB - AI
14 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Dijenamakan Semula, Sarawak Pay Akan Dikenali Sebagai S PAY GLOBAL
Ini selari dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak sebelum ini

Dijenamakan Semula, Sarawak Pay Kini Dikenali Sebagai S PAY GLOBAL. Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Sarawak Pay akan dijenamakan semula sebagai S Pay Global selari dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak ketika majlis pelancaran kerjasama diantara Sarawak Pay dan juga UnionPay. Kerjasama tersebut sebelum ini telah memberi fungsi tambahan kepada Sarawak Pay di mana ianya boleh digunakan di kesemua merchant UNIONPAY.

Penjenamaan semula ini juga selari dengan perkembangan Sarwaak Pay dimana ianya akan dikembangkan lebih daripada fungsi transaksi berkaitan retail dan pembayaran bil kepada fungsi fungsi seperti pembayaran hutang, insurance, sumbangan dan sebagainya. Fungsi fungsi baru ini akan dikeluarkan dalam segmen gaya hidup pada kemas kini aplikasi tersebut yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Lebih banyak juga fungsi fungsi baru akan sentiasa ditambah pada segmen gaya hidup dalam aplikasi tersebut pada masa akan datang.

Selain itu, paparan antaramuka aplikasi tersebut juga akan ditambah baik bagi bagi memberikan kemudahan dan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna. Antara perubahan tersebut adalah nama aplikasi, logo, paparan antaramuka yang baru dan juga fungsi segment gayahidup yang baru pada versi terbaru 3.0 yang akan dikeluarkan kelak.

Untuk pengguna dan peniaga yang menggunakan Sarawak Pay, anda tidak perlu risau kerana baki dan juga sejarah pembayaran anda akan dikekalkan. Perubahan yang berlaku tidak akan menganggu jumlah wang anda yang berada di dalam aplikasi tersebut. Cara untuk menambah nilai, pembayaran, scan and pay juga akan dikekalkan. Untuk mendaftar masuk juga, anda masih menggunakan nama dan kata laluan yang sama. Begitu juga dengan pin pembayaran yang anda miliki sekarang ini.

Semua peniaga yang menggunakan kod QR Sarawak Pay tidak akan terjejas dan kod tersebut masih boleh digunakan. Perubahan nama Sarawak Pay kepada S Pay Global tidak akan mengubah kod QR tersebut.

Dalam minggu minggu yang akan datang, peniaga yang baru mendaftar untuk menerima pembayaran menggunakan Sarawak Pay akan dibekalkan dengan pelekat S Pay Global dan kad QR yang tertera nama S Pay Global. Peniaga peniaga yang telah mendaftar sebelum ini pula akan menerima pelekat dan kad QR S Pay Global rutin penyelenggaraan peniaga yang akan dilakukan secara berterusan.

Dijenamakan Semula, Sarawak Pay Akan Dikenali Sebagai S PAY GLOBAL

Laman sesawang sedia ada Sarawak Pay : https://sarawakpay.gov.my juga akan dijenamakan semula sebagai https://spayglobal.my. Begitu juga dengan semua komunikasi akan datang, kesemua email akan menggunakan @spayglobal.my/

Untuk maklumat lanjut dan juga bantuan, anda boleh mengubungi khidmat pelangga Sarawak Pay di talian : 1-300-88-7722

Baca juga artikel lain :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gangguan Bekalan Air Yang Tidak Dijadualkan Dari Jam 7 Hingga 9PM, Kawasan Samarahan Terjejas Gangguan Bekalan Air Yang Tidak Dijadualkan Dari Jam 7 Hingga 9PM, Kawasan Samarahan Terjejas
Next Article 10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak 10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?