• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak

Oleh
Nazihah AN
15 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak

Seorang individu dari Sarawak telah dijatuhkan hukuman

10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak. Telah dilaporkan seramai 10 individu telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan sijil digital vaksin. Menurut pihak media, seorang telah dijatuhi hukuman penjara manakala 9 yang lainnya masih dalam tuduhan setakat ini.

Isi Isi Penting
  • Seorang individu dari Sarawak telah dijatuhkan hukuman
  • Cadangan lain untuk memastikan sijil digital vaksin tidak dapat dipalsukan
  • Padah memalsukan sijil digital vaksinasi
  • Bahaya betul jika kita kongsikan sijil vaksin kita di laman sosial. Sesiapa sahaja boleh mengambil dan dijual kepada orang asing. Jika anda masih fikirkan bagaimana cara hendak memindahkan sijil digital vaksinasi tanggungan ke telefon mereka sendiri, anda boleh baca artikel berikut:

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Seri Ismail Muhammad Said berkata, mengikut pecahan negeri, 10 orang ini melibatkan Kelantan, Melaka (2), Sarawak (4), Perak (1) dan Sabah (2).

“Seorang individu yang didapati bersalah adalah di Sarawak, di mana mahkamah sudah memberikan sabitan dengan hukuman penjara,” kata beliau dalam sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak
10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak. (Sumber: Harian Metro)

Cadangan lain untuk memastikan sijil digital vaksin tidak dapat dipalsukan

Beliau juga menjawab soalan lain dari Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas-Setiu) berkenaan dengan jumlah individu yang dikenakan tuduhan memalsukan sijil vaksinasi serta cadangan untuk menggunakan mekanisme tandatangan digital.

Mengenai cadangan untuk menggunakan tandatangan digital, Ismail mengatakan dia percaya bahawa Menteri Kesihatan akan menyelidiki masalah tersebut dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) untuk memastikan bahawa sijil vaksinasi tidak dapat dipalsukan.

Ismail juga menjawab pertanyaan lisan Shaharizukirnain, dan beliau berharap kementerian akan menjelaskan tindakan yang diambil terhadap mereka yang memalsukan sijil vaksinasi.

10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak
10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak (Gambar hiasan)

Padah memalsukan sijil digital vaksinasi

“Kita sentiasa komited dalam memastikan sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) diambil tindakan tegas bagi membendung penularan wabak Covid-19. Bersabit dengan tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin, langkah-langkah bagi mengatasi perkara ini serta tindakan undang-undang atas kesalahan ini boleh diambil di bawah seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas beliau.

Menurut beliau juga, jika individu-individu tersebut didapati bersalah, tindakan kompaun dapat diambil dengan segera untuk menjimatkan masa dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Bahaya betul jika kita kongsikan sijil vaksin kita di laman sosial. Sesiapa sahaja boleh mengambil dan dijual kepada orang asing. Jika anda masih fikirkan bagaimana cara hendak memindahkan sijil digital vaksinasi tanggungan ke telefon mereka sendiri, anda boleh baca artikel berikut:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dijenamakan Semula, Sarawak Pay Akan Dikenali Sebagai S PAY GLOBAL Dijenamakan Semula, Sarawak Pay Akan Dikenali Sebagai S PAY GLOBAL
Next Article Institut Memandu di Zon Selatan Sarawak Dibenarkan Buka Bermula 17 September

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?