• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dikejar Orang Awam, Suspek Samun Lari Masuk Balai Polis Di Tawau

Oleh
ILB - AI
26 Disember 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Dikejar Orang Awam, Suspek Samun Lari Masuk Balai Polis Di Tawau. Gara-gara dikejar orang awam selepas menyamun mangsa menggunakan parang panjang, seorang lelaki terpaksa memecut motosikal yang disamunnya ke Balai Polis Tawau di sini, untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan polis pada 8.10 pagi iaitu 20 minit selepas menyamun motosikal jenis Modenas GT milik seorang lelaki di Jalan Tawau Lama.

“Mangsa meminta bantuan orang awam yang berada di kawasan kejadian untuk mengejar suspek, namun suspek yang menunggang motosikal samun itu melarikan diri sehingga ke dalam kawasan Balai Polis Tawau dan ditahan bersama senjata tajam berukuran 68 sentimeter,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum itu, Peter berkata suspek turut menyamun menggunakan parang sama terhadap seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Nissan Frontier di Jalan Tanjung Batu Darat pada 7 pagi.

“Suspek kemudian melarikan kenderaan mangsa menuju ke Kawasan Jalan Tawau Lama, namun tiba di Bulatan Jalan Tawau Lama, kenderaan yang disamunnya itu kehabisan minyak dan suspek meninggalkan kenderaan berkenaan di tepi jalan,” katanya.

Peter berkata permohonan reman suspek akan dikemukakan esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret Tawau untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati, modus operandi yang digunakan suspek bagi kedua-dua kes adalah sama iaitu suspek menggunakan parang panjang dan menahan motosikal serta kereta mangsa. Suspek kemudian mengarahkan mangsa turun dari kenderaan masing-masing sebelum dilarikan,” katanya lagi.’

Katanya berdasarkan semakan rekod lampau suspek, dia didapati pernah ditahan empat kali sejak 2014 sehingga tahun lalu melibatkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syarikat Bas Nafi Warga Indonesia Yang Disahkan Positif Menaiki Pengangkutan Sibu-Serian
Next Article Kuarters Pekerja Ranap Dalam Kebakaran Tinggalkan 13 Warga Asing Sehelai Sepinggang Di Selangau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?