I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Syarikat Bas Nafi Warga Indonesia Yang Disahkan Positif Menaiki Pengangkutan Sibu-Serian
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Syarikat Bas Nafi Warga Indonesia Yang Disahkan Positif Menaiki Pengangkutan Sibu-Serian

Last updated: 24/12/20 6:44 PM
Nur Afifah
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Penafian tersebut dibuat oleh pengurusan syarikat berkenaan melalui satu sidang media hari ini.

Syarikat Bas Nafi Warga Indonesia Yang Disahkan Positif Menaiki Pengangkutan Sibu-Serian. Minggu lalu, tular sebuah berita yang mengatakan bahawa terdapat 4 orang wanita warga Indonesia yang disahkan positif COVID-19 telah menaiki sebuah pengangkutan awam. Warga asing tersebut dikatakan telah menaiki pengangkutan awam iaitu bas ekspres dari Bandaraya Sibu dan turun di Serian. Kesemua mereka didapati merupakan warga asing tanpa izin yang datang secara haram ke Sarawak.

Walau bagaimanapun, kesemua mereka dinafikan sebagai penumpang yang pernah menaiki bas ekspres yang diperkatakan.

Syarikat pengurusan bas yang terlibat, Sungei Merah hari ini menafikan perkara tersebut melalui sebuah sidang media khas. Sidang media tersebut diwakili oleh pengarah Sungei Merah Bas Berhad, Elizabeth Saon.

Syarikat Bas Nafi Warga Indonesia Yang Disahkan Positif Menaiki Pengangkutan Sibu-Serian
Elizabeth Saon, pengarah Sungei Merah Bas Berhad

Ada bukti CCTV, kenyataan daripada pihak polis

Jelasnya, syarikat bas ekspres tersebut mempunyai bukti rakaman kamera litar tertuup (CCTV) serta kenyataan rasmi daripada pihak polis. Bukan itu sahaja, pihaknya juga turut mempunyai senarai nama penuh penumpang yang menaiki bas ekspres Sungei Merah bernombor pendaftaran QSX6722 pada jam 12.50 pagi dari Sibu ke Kuching.

Kesemua 8 penumpang merupakan warga Indonesia. Dua daripada mereka yang masing-masing lelaki dan perempuan menaiki perjalanan bermula dari Miri. Baki selebihnya pula adalah penumpang yang menaiki bas dari Terminal Sibu – 2 lelaki, 3 wanita dan seorang kanak-kanak.

Tambah Elizabeth lagi, hanya 5 keping tiket dijual di Terminal Sibu memandangkan kanak-kanak tidak dikenakan bayaran. Oleh yang demikian, data pihaknya dengan maklumat 4 wanita warga Indonesia tersebut langsung tidak sepadan dan penumpang pada masa itu bukanlah penumpang yang dicari oleh pihak polis.

Info hanya mengatakan bas berwarna merah, dan bukannya bas Sungei Merah

Menyedari kesilapan tersebut, beliau terus pergi ke balai polis untuk mendapatkan pencerahan dan diberitahu bahawa sumber yang diterima oleh pihak polis adalah bas berwarna merah dan bukannya merujuk kepada bas ekspres Sungei Merah. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana pihak polis mengetahui nombor pendaftaran bas tersebut serta nama bas yang disyaki.

Perkara ini juga disahkan oleh pemandu bas pada hari berkenaan iaitu Yeo Suang Lee yang yakin bahawa individu yang dicari bukanlah penumpang bas ekpres tersebut.

Syarikat Bas Nafi Warga Indonesia Yang Disahkan Positif Menaiki Pengangkutan Sibu-Serian
Syarikat Bas Nafi Warga Indonesia Yang Disahkan Positif Menaiki Pengangkutan Sibu-Serian

Pengarah syarikat bas ekpres tersebut juga turut menunggu dua pemandu bas yang terbabit untuk bebas daripada tempoh kuarantin untuk melaksanakan sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar.

Reputasi Sungei Merah jatuh, penumpang minta pulangan wang serta merta

Sejak insiden tersebut, reputasi bas tersebut dikatakan telah merudum dan dipandang serong oleh orang ramai. Ramai penumpang yang serta merta meminta agar wang mereka dipulangkan semula (refund). Syarikat pengangkutan awam ini juga sentiasa melakukan proses sanitasi.

4 warga Indonesia tersebut dilaporkan telah turun di terminal Serian dan seterusnya melakukan perjalanan ke Entikong, Kalimantan menggunakan jalan tikus. Walau bagaimanapun, mereka telah pun ditahan oleh anggota pengawal Indonesia di Aruk berdekatan pos kawalan Biawak, Indonesia dan bukannya di Entikong, Kalimantan.

Baca juga :

Nur Afifah 24 Disember 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Kesan Mutasi Baharu Virus COVID-19 Dikenali Sebagai A701V
Next Article Dikejar Orang Awam, Suspek Samun Lari Masuk Balai Polis Di Tawau

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri

9 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat

8 Ogos 2022
Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai
Cerita Borneo

Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai

8 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ketahui 5 Makam Yang Terkenal Di Sarawak Dan Kisah Disebalik Mereka

8 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?