• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dikenali Sebagai Borneo Ironwood, Ini Adalah Pokok Belian Yang Merupakan Pokok Rasmi Negeri Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
11 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kayu belian ini dikatakan keras macam besi!

Dikenali Sebagai Borneo Ironwood, Ini Adalah Pokok Belian Yang Merupakan Pokok Rasmi Negeri Sarawak. Pokok Belian atau nama scientificnya Eusideroxylon zwageri merupakan sejenis pokok kayu keras yang tumbuh perlahan dan mengambil masa sehingga 120 tahun untuk mencapai diameter hanya 30cm. Ketinggian pokok ini pula boleh mencecah sehingga 30 meter.

Isi Isi Penting
  • Kayu belian ini dikatakan keras macam besi!
  • Pokok rasmi di negeri Sarawak
  • Kayu belian yang lebih matang lebih tahan
  • Digunakan dalam pertanian tradisional
Dikenali Sebagai Borneo Ironwood, Ini Adalah Pokok Belian Yang Merupakan Pokok Rasmi Negeri Sarawak
Dikenali Sebagai Borneo Ironwood, Ini Adalah Pokok Belian Yang Merupakan Pokok Rasmi Negeri Sarawak

Pokok rasmi di negeri Sarawak

Taburan semula jadi pokok belian ini adalah di Indonesia (Kalimantan dan Sumatera), Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Filipina dan ianya merupakan pokok rasmi di negeri Sarawak.

Kelebihan pokok belian ini adalah kayunya yang keras seperti besi, bermutu tinggi, tahan lama, mempunyai daya tahan semula jadi daripada dijangkiti bakteria, kulat, serangga dan ianya tidak mudah reput sesuai dengan gelarannya iaitu Borneo Ironwood.

Mempunyai ciri-ciri ekologi yang tinggi serta anatomi unik, kayu belian ini tahan lama secara semula jadi manakala tunggul kayunya pula boleh kekal di tanah sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya.

Dikenali Sebagai Borneo Ironwood, Ini Adalah Pokok Belian Yang Merupakan Pokok Rasmi Negeri Sarawak

Kayu belian yang lebih matang lebih tahan

Namun, ketahanan kayu belian ini juga bergantung kepada kematangan pokok atau kayu belian yang digunakan, di mana kayu belian yang lebih matang lebih tahan daripada kayu belian yang lagi muda.

Oleh itu, kayu ini sering mendapat permintaan yang tinggi khususnya menjadi pilihan dalam pembinaan berat seperti pembinaan jambatan, pembinaan bot, digunakan untuk membuat tiang rumah, dinding dan juga lantai.

Pada suatu ketika dahulu pula, kayu ini terkenal digunakan dalam pembinaan rumah seperti pembinaan rumah panjang dan rumah tinggi Melanau.

Dikenali Sebagai Borneo Ironwood, Ini Adalah Pokok Belian Yang Merupakan Pokok Rasmi Negeri Sarawak

Digunakan dalam pertanian tradisional

Selain daripada digunakan untuk pembinaan, kayu belian juga banyak digunakan dalam pertanian tradisional, khususnya penanaman lada. Oleh kerana kayu belian ini tidak mudah reput walaupun terdedah pada air hujan dan serangan anai-anai atau serangga lain, maka ianya amat sesuai digunakan sebagai tiang sokongan kepada pokok lada.

Pada hari ini pula, pelbagai barangan kraf dan peralatan atau perabot rumah turut menggunakan kayu belian yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

Walaubagaimanapun, disebabkan permintaan dan nilai pasaran yang tinggi iaitu harga kayunya boleh mencecah hingga ribuan ringgit, pokok-pokok belian kini sentiasa menjadi sasaran syarikat pembalakan dan semakin berkurangan serta sukar diperoleh. Tak hairanlah harga kayu belian ini semakin meningkat dari tahun ke tahun!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak
Next Article Kepada Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching Kepada Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?