• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak

Oleh
Nazihah AN
11 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak

Berapa ramai yang kenal dengan minyak Sekiu ini?

Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak. Jika sebut dabai, mesti ramai yang tahu, kan? Bagaimana pula dengan minyak Sekiu? Minyak Sekiu atau Skiu merupakan minyak yang paling rare di negara kita.

Untuk pengetahuan anda, minyak Sekiu ini dihasilkan daripada bijian dari pokok yang hanya tumbuh di wilayah tengah Sarawak iaitu di Mukah dan kawasan sekitarnya. Sekiu boleh dikatakan sekelas dengan dabai, cuma ianya diproses menjadi minyak.

Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak
Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak. Kredit gambar: Cikgu Emmet

Kenapa minyak Sekiu ini mahal?

Berbeza dengan minyak yang dihasilkan dari bijian yang lain, minyak Sekiu ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

Walaupun harganya mencecah RM500 sebotol 650 mililiter (ml), di samping manfaat kesihatannya termasuk dipercayai dapat membantu menurunkan tekanan darah, minyak Sekiu masih menjadi kegemaran peminatnya sebagai penambah rasa.

Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak
Kredit gambar: FB BME

Difahamkan bahawa pokok Sekiu ini adalah pokok yang hampir pupus dan yang uniknya, minyak ini hanya didapati di kalangan orang-orang Melanau di kawasan Matu Daro dan pokoknya pula hanya boleh dijumpai di Mukah sahaja.

Lebih spesifiknya lagi minyak ini diproses di kampung Jemoreng dan hanya orang orang yang mahir sahaja sanggup menjelajah hutan ulu Jemoreng bagi mendapatkan biji sekiu ini dan memprosesnya menjadi minyak. Jadi, tidak hairan lah harga minyak ini mahal.

Minyak Sekiu biasanya dimakan bersama apa?

Kebiasaannya minyak sekiu digaul dengan nasi panas atau dimakan bersama biji sagu, malah ada yang menggunakannya untuk membungkus pelbagai kuih muih tradisional khususnya penyaram. Malah ada yang menggunakannya sebagai bahan perapan untuk membuat pai ikan dengan daun nipah sebelum dibakar.

Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak
Kredit gambar: Cikgu Emmet

Kini, pokok Sekiu agak sukar ditemui, bahkan ianya memang jarang dijumpai dan hanya berbuah dalam tempoh 10 tahun sekali. Sangat rare, bukan?

Umpama Emas Cair Di Bumi Kenyalang, Kenali Minyak Sekiu Yang Hanya Terdapat Di Mukah Sarawak
Kredit gambar: Cikgu Emmet

Dalam urusan perkahwinan pula, masyarakat Iban di Sarawak masih berpegang teguh dengan adat tradisi mereka. Antaranya seperti adat Jadi Mali. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Next Article Dikenali Sebagai Borneo Ironwood, Ini Adalah Pokok Belian Yang Merupakan Pokok Rasmi Negeri Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?