• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dilantik Jadi Naib Presiden Shell Malaysia dan Filipina, Anak Sarawak Ini Bukan Biasa-Biasa

Oleh
Ismail NA
18 Februari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Kerja Di Syarikat Shell Pun Dah Kira Mantap, Inikan Pula Jadi Naib Presiden. Syabas!

Dilantik Jadi Naib Presiden Shell Malaysia dan Filipina, Anak Sarawak Ini Bukan Biasa-Biasa. Ramai rupanya individu yang berjaya dan mempunyai bakat yang luar biasa di Sarawak. Daripada bidang sukan sehinggalah ke bidang minyak dan gas, semuanya ada. Baru-baru ini, seorang lagi anak Sarawak telah meletakkan dirinya setaraf dengan profil nama-nama besar dalam industri minyak dan gas. Mana tidaknya, beliau telah dilantik oleh syarikat minyak dan gas terkemuka dunia, Shell sebagai naib presiden untuk Shell Malaysia dan Shell Filipina. Wow!

Dilantik Jadi Naib Presiden Shell Malaysia dan Filipina, Anak Sarawak Ini Bukan Biasa-Biasa

Ivan Toh, anak jati Sarawak kelahiran Miri ini bukan sahaja memegang jawatan naib presiden, tetapi beliau turut diberi amanah sebagai Pengarah Urusan Sarawak Shell Berhad dan Sabah Shell Petroleum Company Limited bermula 1 Februari 2020.

Mulakan Kerjaya Sebagai Diving Support Vessel (DSV) Shell

Tan memulakan kariernya di syarikat tersebut pada tahun 2001 sebagai diving support vessel (DSV) dan kemudiannya menjadi nightshift drilling supervisor (NDSV). Beliau juga pernah bekerja sebagai jurutera telaga minyak (well engineer) dan ditempatkan di beberapa lokasi di seluruh dunia termasuklah Belanda, New Zealands, China, dan Australia sepanjang kerjayanya dalam kejuruteraan telaga minyak dan operasi telaga minyak.

Gambar hiasan. Kredit : BOE Report

Selain itu, Ivan Tan juga pernah menjadi pengurus dan pengarah untuk beberapa projek dan operasi di syarikat Shell termasuklah sebagai pengurus Senior Contracts & Procurement, pengurus besar operasi telaga minyak, pengarah Bully Joint Venture dan ketua teknikal Shell-BG Integration Team. Seiring dengan pengalaman beliau yang meluas dalam bidang minyak dan gas, Ivan Tan dilantik menjadi naib presiden Well Health, Safety and Environment (Well HSE) yang berpangkalan di Belanda pada tahun 2014. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) di Arrow Energy pada tahun 2016, syarikat joint venture bersama Shell dan menjadi pengerusi bersama (co-chair) untuk Forum Keselamatan Industri Penerokaan dan Pengeluaran Gas Asli Queensland pada tahun 2019. Phew!

Pemegang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan Pentadbiran Perniagaan Dari London

Dilantik Jadi Naib Presiden Shell Malaysia dan Filipina, Anak Sarawak Ini Bukan Biasa-Biasa
Dilantik Jadi Naib Presiden Shell Malaysia dan Filipina, Anak Sarawak Ini Bukan Biasa-Biasa

Untuk pengetahuan anda, anak Sarawak ini mendapat pendidikan peringkat A-Levels di Loughborough College, England sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Imperial College London dengan kepujian Kelas Pertama. Bukan itu sahaja, beliau juga mendapat ijazah sarjana (Masters) dengan cemerlang dalam bidang pentadbiran perniagaan di Alliance Manchester Business School dan pengiktirafan Energy Innovation & Emerging Technologies dari Stanford University, California. Kan dah cakap, dia ni bukan biasa-biasa!

Pelantikan Ivan Tan sebagai naib presiden Shell Malaysia dan Filipina ini ternyata membuka mata orang ramai di luar sana bahawa pengalaman luar biasa juga mampu dimiliki oleh anak tempatan dan dimanfaatkan sehingga ke peringkat pimpinan teratas syarikat terkemuka global seperti Shell.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung
Next Article Berikut Adalah Istilah Sebenar Warna Kucing Peliharaan Kita Berikut Adalah Istilah Sebenar Warna Kucing Peliharaan Kita

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?