• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Dilaporkan Hilang, Seorang Wanita Diselamatkan Selepas Terperangkap Di Dalam Tandas Selama 4 Hari

Oleh
ILB - AI
1 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Dilaporkan Hilang, Seorang Wanita Diselamatkan Selepas Terperangkap Di Dalam Tandas Selama 4 Hari

Wanita terbabit terperangkap dalam tandas apabila tombol pintu tandas itu tercabut

Dilaporkan Hilang, Seorang Wanita Diselamatkan Selepas Terperangkap Di Dalam Tandas Selama 4 Hari. Seorang wanita dari Singapura yang dilaporkan hilang berjaya diselamatkan apabila ditemui di dalam tandas rumahnya.

Difahamkan, wanita tersebut terperangkap di dalam tandas rumahnya apabila tombol pintu tandas terbabit tercabut.

Dilaporkan Hilang, Seorang Wanita Diselamatkan Selepas Terperangkap Di Dalam Tandas Selama 4 Hari

Tidak dapat dihubungi orang selama 4 hari

Menurut laporan, seorang saudara kepada wanita tersebut melaporkan kehilangannya kepada polis apabila dia gagal dihubungi selama empat hari dan telefon bimbit wanita berkenaan dimatikan.

Difahamkan, saudara tersebut telah pergi ke unit pangsapuri wanita berkenaan untuk mencarinya namun tidak mendapat jawapan daripadanya.

Gambar sekadar hiasan.

Dua anggota polis, Ibnu Musalli dan Miqdad Fisall, dikerah ke pangsapuri wanita terbabit dan membuat pertanyaan dengan jiran-jiran yang juga mengatakan bahawa mereka tidak melihatnya selama tiga atau empat hari.

Malah, mereka juga perasan ada beberapa bungkusan hantaran yang tertinggal di luar rumahnya.

Merasakan wanita itu masih berada di rumahnya

Menurut Ibnu, kedua-dua anggota polis itu merasakan wanita tersebut masih berada di rumahnya dan berpendapat wanita itu mungkin berada dalam keadaan di mana dia tidak dapat memberi tindak balas kepada mereka.

Ketika kami bercakap dengan jiran-jiran, kami mendengar bunyi ketukan dari seberang dinding,”

kata Miqdad mengenai kejadian itu.
Ibnu Musalli dan Miqdad Fisall, anggota polis yang menyelamatkan wanita itu. Kredit: IG @singaporepoliceforce

Dengan bantuan seorang pengawal keselamatan, kedua-dua anggota polis itu berjaya mendapatkan akses ke bilik pangsapuri wanita itu.

Ketika berada dalam rumah wanita tersebut, mereka kedengaran bunyi ketukan semakin kuat dan seolah-olah datang dari tandas.

Apabila mereka mengumumkan kedatangan mereka untuk datang membantu, wanita itu segera menjawab mereka.

Terperangkap dengan tiada alat komunikasi

Wanita itu berjaya diselamatkan apabila mereka membuka pintu secara paksa dan membenarkannya keluar.

Menurut wanita terbabit, dia telah terperangkap di dalam tandas apabila tombol pintu tandas itu tercabut dan oleh kerana tidak mempunyai alat komunikasi atau kebolehan untuk menyelamatkan diri, dia telah mengetuk dinding dengan harapan seseorang akan datang untuk menyelamatkannya.

Gambar sekadar hiasan.

Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dirawat oleh paramedik yang tiba ke lokasi kejadian.

Kisah ini juga turut dikongsikan oleh @singaporepoliceforce menerusi Instagram. Anda boleh baca selanjutnya di bawah:

View this post on Instagram

A post shared by Singapore Police Force (@singaporepoliceforce)

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding
Next Article Orang Ramai Tunggu Pertunjukan Bunga Api Di Sabah, Tetapi Van Jenazah Pula Datang Konvoi Orang Ramai Tunggu Pertunjukan Bunga Api Di Sabah, Tetapi Van Jenazah Pula Datang Konvoi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?