• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding

Oleh
Nazihah AN
1 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding

“Ini adalah isu-isu yang tidak boleh dirundingkan dan ia adalah hak Sarawak”- Premier Sarawak

Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding. Mendapatkan semula hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus menjadi keutamaan pada 2023.

Sarawak telah mencapai beberapa kejayaan besar pada tahun 2022 hasil daripada kestabilan politik dan perpaduan rakyat berbilang kaum yang kukuh di negeri ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang amat stabil di Malaysia dalam era tahun 2022.

Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding
Sumber gambar: Suara Sarawak

Pastikan semua hak MA63 dikembalikan kepada Sarawak pada 2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga menegaskan bahawa hak Sarawak di bawah MA63 yang tidak boleh dirunding adalah perkara yang berkaitan dengan kuasa pemilikan tanah, pelantar pesisir dan kuasa autonomi imigresen.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023, di Stadium Perpaduan malam tadi.

Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding
Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding

Menurutnya, Kerajaan Sarawak berusaha membangunkan negeri ini serta berharap hak Sarawak dalam MA63 diberikan semula selepas Sarawak mencapai kemerdekaan yang ke-60 tahun.

Ada perkara (dalam MA63) yang tidak boleh dibuat rundingan antaranya hak pemilikan tanah dan juga kawasan pelantar pesisir. Ia adalah hak negeri Sarawak yang tidak boleh dirunding dengan orang lain.”

Selain itu, ialah kuasa imigresen, di mana kerajaan juga akan terus pertahankan kuasa autonomi ke atas imigresen selain pertahankan kawasan sempadan negeri ini,”

Premier Sarawak

Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding
Sumber gambar: Suara Sarawak

Pembangunan infrastruktur untuk membina kesalinghubungan yang lebih baik

Dalam pada itu, mengimbau usaha Kerajaan Sarawak pada 2022, pelbagai langkah dan tindakan yang dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan Sarawak antaranya ialah penubuhan dana kekayaan berdaulat serta tindakan untuk bergerak ke arah ekonomi hijau.

Tambah beliau lagi, antara kemudahan yang diberi perhatian pada 2022 ialah kemudahan asas seperti jalan raya, air dan bekalan elektrik terus ditingkatkan.

Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding

Lagi artikel menarik anda boleh baca di bawah:

Sambutan Hari Sarawak 2023 Bakal Diraikan Lebih Awal Daripada 22 Julai – Karim
Tarikan Terbaru Di Waterfront, Skuter Elektrik ‘Beam’ Kini Mendarat Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambutan Hari Sarawak 2023 Bakal Diraikan Lebih Awal Daripada 22 Julai – Karim
Next Article Dilaporkan Hilang, Seorang Wanita Diselamatkan Selepas Terperangkap Di Dalam Tandas Selama 4 Hari Dilaporkan Hilang, Seorang Wanita Diselamatkan Selepas Terperangkap Di Dalam Tandas Selama 4 Hari

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?