• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan

Oleh
Ismail NA
29 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perintah berkurung ini dilanjutkan sehingga 14 Februari 2021.

Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan. Jika anda berada di sekitar kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran, ini mungkin berita penting untuk anda.

Isi Isi Penting
  • Perintah berkurung ini dilanjutkan sehingga 14 Februari 2021.
  • Dilarang menghampiri atau berada di kawasan perairan bermula jam 6 petang hingga 6 pagi
  • Kumpulan Abu Sayyaf dan kumpulan yang melakukan penculikan masih cuba menceroboh perairan
  • Baca juga peristiwa lain yang berlaku di Sabah :

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengumumkan pelanjutan Perintah Berkurung yang sepatutnya berakhir esok di kawasan perairan tujuh daerah yang berada dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sehingga 14 Februari ini.

Dilarang menghampiri atau berada di kawasan perairan bermula jam 6 petang hingga 6 pagi

Dengan pelaksanaan Perintah Berkurung tersebut, orang ramai yang tinggal di kawasan itu dilarang untuk menghampiri atau berada di kawasan yang diisytiharkan bermula dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan
Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan

Menurut Hazani, perintah tersebut adalah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terjamin daripada ancaman pengganas yang dikhuatiri menceroboh perairan.

Bukan itu sahaja, perintah berkurung ini juga bertujuan untuk menjaga keamanan rakyat Sabah sama ada pengguna perairan dan mereka yang berada di kawasan daratan ESSZone.

Kumpulan Abu Sayyaf dan kumpulan yang melakukan penculikan masih cuba menceroboh perairan

Jelasnya lagi, terdapat sumber yang mengatakan bahawa kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih lagi aktif dan cuba untuk menceroboh kawasan ESSZone. Jenayah yang dilakukan mereka tidak terhad kepada aktiviti penculikan tetapi juga jenayah rentas sempadan yang lain.

Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan

Perintah Berkurung yang dilaksanakan ini juga bertujuan untuk memudahkan urusan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot. Dengan ini, para nelayan serta pengusaha pusat peranginan boleh merasa selamat dan yakin dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Patuhi perintah ini bagi memastikan keselamatan anda. Jaga diri.

Baca juga peristiwa lain yang berlaku di Sabah :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Adakah Pautan Status Daripada Whatsapp Di Akaun Anda Adalah Sindiket Penipuan
Next Article Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Dikecualikan Daripada Pembaharuan Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?