• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dine In, Kunjungi Pasar Raya Di Sabah Hanya Dibenarkan Bagi Yang Lengkap 2 Dos Vaksin

Oleh
Husna Hazmi
13 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Operasi hotel dan penginapan juga turut dibenarkan bagi pelanggan dalam daerah dengan syarat lengkap 2 dos vaksin.

Dine In, Kunjungi Pasar Raya Di Sabah Hanya Dibenarkan Bagi Yang Lengkap 2 Dos Vaksin. Semalam Malaysia dikejutkan dengan kes Covid-19 yang paling tinggi manakala Sabah juga turut mencatat kes harian yang tinggi dan membimbangkan dengan 2,052 kes positif. Oleh itu, kerajaan Sabah telah menetapkan bahawa hanya individu yang telah lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan mengunjungi pasar raya serta dine-in dalam restoran.

Isi Isi Penting
  • Operasi hotel dan penginapan juga turut dibenarkan bagi pelanggan dalam daerah dengan syarat lengkap 2 dos vaksin.
  • SOP baharu itu akan berkuatkuasa serta-merta
  • Operasi hotel dan penginapan
  • Dua orang wakil isi rumah dalam sebuah kenderaan
Dine In, Kunjungi Pasar Raya Di Sabah Hanya Dibenarkan Bagi Yang Lengkap 2 Dos Vaksin
Dine In, Kunjungi Pasar Raya Di Sabah Hanya Dibenarkan Bagi Yang Lengkap 2 Dos Vaksin

SOP baharu itu akan berkuatkuasa serta-merta

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun, Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu itu akan berkuatkuasa serta-merta.

“SOP ini termasuklah mereka yang sebagai pekerja serta semua pelanggan Pasar raya dan Hypermarket selain berstatus risiko rendah COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

“Penggunaan aplikasi Mysejahtera diwajibkan di semua kawasan yang mempunyai capaian internet. Pengecualian hanya diberikan di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet.

“Suhu badan melebih 37.5 darjah celsius dan tidak memakai pelitup muka tidak dibenarkan memasuki premis,” kata beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Dine In, Kunjungi Pasar Raya Di Sabah Hanya Dibenarkan Bagi Yang Lengkap 2 Dos Vaksin

Operasi hotel dan penginapan

Beliau berkata, operasi hotel dan penginapan juga turut dibenarkan bagi pelanggan dalam daerah dengan syarat pekerja dan pelawat juga lengkap dua dos vaksinasi.

Beliau turut menjelaskan bahawa, aktiviti rentas daerah di Sabah masih belum dibenarkan. Namun, pergerakan pasangan jarak jauh dibenarkan kepada ibu bapa yang ingin merentas daerah dalam negeri berjumpa anak berumur di bawah 18 tahun dengan syarat mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Dine In, Kunjungi Pasar Raya Di Sabah Hanya Dibenarkan Bagi Yang Lengkap 2 Dos Vaksin

Dua orang wakil isi rumah dalam sebuah kenderaan

Selain itu, menurut Datuk Seri Masidi, SOP hanya dua orang wakil isi rumah dalam sebuah kenderaan untuk membeli barangan keperluan harian akan dikekalkan. Manakala jumlah individu maksimum dalam kenderaan kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan pula adalah hanya tiga orang sahaja di dalam satu kenderaan.

Tambah Masidi lagi, kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan berada di dalam premis perniagaan dan kemudahan awam kecuali perubatan, pendidikan, kecemasan serta senaman. Individu yang berumur melebihi 70 tahun pula tidak digalakkan untuk keluar dari rumah kecuali atas urusan kecemasan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Susulan Kes Harian Pecah Angka 1 Ribu, Sarawak Sekali Lagi Jadi Bualan Hangat Di Twitter Susulan Kes Harian Pecah Angka 1 Ribu, Sarawak Sekali Lagi Jadi Bualan Hangat Di Twitter
Next Article Dipercayai Mati Akibat Ditembak, Tiga Anggota TUDM Di Samarahan Dibunuh Dipercayai Mati Akibat Ditembak, Tiga Anggota TUDM Di Samarahan Dibunuh

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?