• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Dipercayai Mati Akibat Ditembak, Tiga Anggota TUDM Di Samarahan Dibunuh

Oleh
ILB - AI
13 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Dipercayai Mati Akibat Ditembak, Tiga Anggota TUDM Di Samarahan Dibunuh

Kejadian berlaku di sebuah kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kota Samarahan hari ini

Dipercayai Mati Akibat Ditembak, Tiga Anggota TUDM Di Samarahan Dibunuh. Dilaporkan bahawa tiga anggota TUDM telah dibunuh dipercayai akibat tembakan manakala si pelaku menembak dirinya sendiri setelah melakukan kejadian mengejutkan itu.

Kejadian berlaku hari ini sekitar jam 7:15AM.

Dipercayai Mati Akibat Ditembak, Tiga Anggota TUDM Di Samarahan Dibunuh

Melibatkan 3 mangsa

Menurut laporan, ketiga-tiga mangsa yang merupakan anggota TUDM, telah dibunuh dalam insiden tembakan di kem mereka yang terletak di Kota Samarahan.

Sebuah lagi laporan menyatakan bahawa kejadian berlaku semasa penyerahan tugas, di mana salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak dirinya sendiri.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: business-standard

Dua mangsa maut di tempat kejadian manakala salah seorang mangsa, yang pada asalnya terselamat daripada kejadian itu, telah dilaporkan meninggal dunia pagi tadi setelah dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.

Mangsa ini juga merupakan seorang anggota Tentera Udara.

Kejadian berlaku di rumah pengawal keselamatan kem

Ia juga dilaporkan bahawa kejadian berlaku di rumah pengawal keselamatan kem berkenaan.

Penembakan terbabit disahkan oleh Pesuruhjaya polis Sarawak dan anggota polis dari ibu pejabat polis Kota Samarahan kini berada di tempat kejadian.

Siasatan sedang dibuat pada setakat ini dan orang ramai diminta untuk tidak membuat spekulasi mengenai kejadian tersebut. Punca kejadian sedang ditentukan buat masa ini.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa-mangsa kejadian atas pemergian tersayang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dine In, Kunjungi Pasar Raya Di Sabah Hanya Dibenarkan Bagi Yang Lengkap 2 Dos Vaksin
Next Article Dikenakan PKPD, Pengunjung Dan Penganjur Majlis Perkahwinan Di Sebuah Kampung Dikecam Netizen Dikenakan PKPD, Pengunjung Dan Penganjur Majlis Perkahwinan Di Sebuah Kampung Dikecam Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?