• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dipaksa Turun Kerja Walaupun Bukan Essentials Services, Laporkan Majikan Anda

Oleh
ILB - AI
20 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Kementerian Sumber Manusia Telah Mengemaskinikan FAQ Perkara Tersebut

Dipaksa Turun Kerja Walaupun Bukan Essentials Services, Laporkan Majikan Anda. Hari ini, masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, di mana rakyat Malaysia diminta untuk hanya duduk di rumah dan keluar jika ada urusan mustahak. Namun begitu, masih ada juga sesetengah majikan yang ingkar di mana walaupun mereka bukan pembekal perkhidmatan perlu, mereka masih meneruskan operasi di pejabat atau kilang seperti biasa. Bagi mereka yang boleh bekerja dari mula pula dibenarkan dan boleh dijalankan dari rumah.

Isi Isi Penting
  • Kementerian Sumber Manusia Telah Mengemaskinikan FAQ Perkara Tersebut
  • Majikan Berkewajipan Membayar Gaji Pekerja Sehingga 31 Mac 2020
  • Kilang yang berada dalam senarai perkhidmatan perlu, wajib mengambil langkah langkah berikut
  • Kesalahan Jenayah Jika Ingat Perintah Kawalan Pergerakan
  • Anda Boleh Laporkan Majikan Yang Ingkar Ke :
  • Rujuk FAQ Penuh Di Bawah :
Dipaksa Turun Kerja Walaupun Bukan Essentials Services? Laporkan Majikan Anda
Dipaksa Turun Kerja Walaupun Bukan Essentials Services, Laporkan Majikan Anda

Majikan Berkewajipan Membayar Gaji Pekerja Sehingga 31 Mac 2020

Menurut FAQ tersebut juga, majikan wajib membayar gaji penuh sehinggi 31 Mac 2020. Pekerja bergaji harian perlulah dibayar mengikut kadar upahan yang telah dipersetujui di antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran/kontrak perkhidmatan/surat kenaikan gaji terkini. Untuk pekerja yang mana upahnya tidak tetap maka kadar hariannya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum seperti dalam perintah gaji minimun 2020.

Kilang yang berada dalam senarai perkhidmatan perlu, wajib mengambil langkah langkah berikut

  1. Majikan mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau sekurang kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa
  2. Majikan memastikan pergerakan terhad pekerja terbabit
  3. Majikan menyediakan alat saringan suhu badan, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja setiap hari
  4. Pekerja hendaklah mematuhi prosedur pencegahan COVID19 yang telah ditetapkan KKM yang dikeluarkan dari masa ke semasa
  5. Majikan hendaklah menyediakan hand sanitizer
  6. Majikan melaksanakan proses sanitasi dan pembersihan perlu.
  7. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalam terbaik social distancing disediakan dan dilaksanakan.

Kesalahan Jenayah Jika Ingat Perintah Kawalan Pergerakan

Bagi majikan yang ingkar, ia adalah satu kesalahan jenayah di bawah peraturan 7, peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit(langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Anda Boleh Laporkan Majikan Yang Ingkar Ke :

Bilik Gerakan Pemantauan Pekerja COVID-19 KSM
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5 Blok D3 Kompleks D
Kementerian Sumber Manusia
62530 Putrajaya
Talian : 0388892359/88862408/88903404
Emel : [email protected]/[email protected]/[email protected]

Rujuk FAQ Penuh Di Bawah :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 17 Buah Bank Tawar Payment Holiday Sehingga 6 Bulan Bantuan COVID19 : 17 Buah Bank Tawar Payment Holiday Sehingga 6 Bulan
Next Article Ini Panduan Membeli Dengan Selamat Di Pasaraya Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?