• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Panduan Membeli Dengan Selamat Di Pasaraya Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Oleh
Ismail NA
20 Mac 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Demi Kesihatan dan Keselamatan Anda.

Ini Panduan Membeli Dengan Selamat Di Pasaraya Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Semasa perintah kawalan pergerakan (RMO), servis yang menyediakan keperluan asas seperti pasaraya sememangnya tidak lekang dari kunjungan orang awam yang ingin membeli barangan yang telah habis di rumah. Malah, pembukaan pasaraya juga menyaksikan servis ini perlu sentiasa mengemaskini stok barangan dan menyelia jadual pekerjanya agar sistem pembelian sentiasa teratur seperti sediakala.

Isi Isi Penting
  • 1. Sanitasi Permukaan Sebelum Anda Sentuh
  • 1. Senaraikan Barangan Yang Hendak Dibeli
  • 2. Guna Sarung Tangan Getah/Plastik
  • 3. Gunakan Topeng Muka
  • 4. Manfaatkan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai (Cashless)
  • 1. Elakkan Bertemu Terus Dengan Ahli Keluarga
  • 2. Terus Buka Pakaian
  • 3. Buka Topeng Muka dan Sarung Tangan
  • 4. Mandi Dengan Bersih
  • 1. Sanitasi Barangan Anda
  • 2. Hidangkan Terus Jika Membeli Makanan Siap Masak
Ini Panduan Membeli Dengan Selamat Di Pasaraya Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
Kredit : Youngblood Creation

Disebabkan pasaraya berpotensi menjadi punca sebaran virus tanpa kita ketahui, maka anda harus mengambil langkah ‘extra’ semasa pembelian barangan. Jom semak apa yang perlu anda lakukan jika hendak keluar membeli barangan.

Langkah Semasa Keluar Rumah

1. Sanitasi Permukaan Sebelum Anda Sentuh

Semasa anda hendak keluar dari rumah, pastikan anda melakukan sanitasi menggunakan tisu sanitasi atau hand sanitizer sebelum menyentuh sebarang permukaan seperti tombol pintu, stereng kereta dan sebagainya. Anda juga digalakkan untuk membeli seorang diri kerana lebih mudah untuk anda menjaga tahap kebersihan berbanding keluar membeli bersama teman.

Kredit : Car From Japan

Langkah Semasa Membeli

1. Senaraikan Barangan Yang Hendak Dibeli

Sebelum menuju ke pasaraya, lebih elok sekiranya anda membuat senarai pembelian terlebih dahulu. Hal ini boleh menjimatkan masa anda berada di pasaraya dan mengurangkan risiko terdedah kepada virus. Selain itu, barangan anda juga lebih lengkap dan mengelakkan daripada tertinggal untuk membeli sesuatu barangan. Rule asas beli barang, kan?

via GIPHY

2. Guna Sarung Tangan Getah/Plastik

Gunakan sarung tangan getah atau plastik semasa mengambil barangan di atas rak pasaraya. Menurut BBC, virus ini boleh hidup di permukaan selama 9 hari. Semasa memilih barangan pula, elakkan menyentuh jika tidak membeli barangan tersebut. Sebaliknya, baca kandungan dari rak dan ambil hanya setelah anda berpuas hati.

3. Gunakan Topeng Muka

Penggunaan topeng muka adalah penting untuk mengelakkan penyebaran virus daripada kedua-dua arah; diri sendiri atau orang yang tidak dikenali. Pasaraya masih dikira sebagai kawasan yang agak sesak kerana sentiasa dikunjungi oleh orang ramai, jadi lindungi diri anda sebaiknya.

Ini Panduan Membeli Dengan Selamat Di Pasaraya Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
Kredit : Getty Images

4. Manfaatkan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai (Cashless)

Jika anda jarang menggunakan sistem pembayaran secara cashless, inilah masanya untuk anda membiasakan diri dengan ekonomi digital. Penggunaan aplikasi cashless ini bukan sahaja dapat mengelakkan anda daripada kontak dengan wang kertas, tetapi juga mudah, efisien dan menjimatkan masa anda ke mesin ATM.

Ini Panduan Membeli Dengan Selamat Di Pasaraya Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
Ini Panduan Membeli Dengan Selamat Di Pasaraya Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kredit : BERNAMA (2020)

Langkah Selepas Membeli

1. Elakkan Bertemu Terus Dengan Ahli Keluarga

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan bertemu terus dengan ahli keluarga. Sekurang-kurangnya, langkah ini boleh mengurangkan penyebaran virus kepada individu lain secara langsung.

via GIPHY

2. Terus Buka Pakaian

Bergegas terus ke bilik air dan buka pakaian anda. Letakkan ke dalam mesin basuh untuk dicuci terus.

3. Buka Topeng Muka dan Sarung Tangan

Kemudian, buka topeng muka dan sarung tangan. Buang ke dalam sebuah plastik khas yang tidak bercampur dengan sisa-sisa yang lain seperti makanan kerana ia boleh menjadi perumah (host) dan menggalakkan virus untuk hidup lama.

4. Mandi Dengan Bersih

Mandi sebersih-bersihnya. Gosok anggota badan dengan sabun dan bilas sehingga bersih. Jangan mandi celup saja ya?

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Terhadap Barangan Dibeli?

1. Sanitasi Barangan Anda

Sanitasi kan barangan yang anda telah beli dengan menggunakan tisu sanitasi atau cuci terus jika anda hendak menggunakannya untuk tujuan memasak.

Kredit : Pixabay

2. Hidangkan Terus Jika Membeli Makanan Siap Masak

Sekiranya anda membeli barangan yang telah siap dimasak pula, sebaiknya hidangkan terus untuk dimakan. Semasa pembelian makanan, pilih restoran yang bersih dan tidak mempunyai ramai pelanggan. Lebih bagus sekiranya restoran tersebut meletakkan tanda jarak 1 meter bagi setiap pelanggan.

Ini Panduan Membeli Dengan Selamat Di Pasaraya Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
Kredit : FB Burger King Malaysia

Langkah-langkah ini bukan sahaja terpakai untuk pembelian di pasaraya tetapi juga boleh diterapkan untuk pembelian di mana-mana kedai. Walau pun kelihatan leceh dan menyusahkan, tetapi langkah ini terbukti efektif untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 dan dipraktikkan oleh penduduk di China semasa mereka menghadapi ‘lockdown’. Apa-apa pun, sentiasa amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan elakkan keluar dari rumah sekiranya tiada keperluan mendesak.

#DudukRumahDiamDiam

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dipaksa Turun Kerja Walaupun Bukan Essentials Services, Laporkan Majikan Anda
Next Article Polis Terpaksa Guna Kekerasan Tangkap Lelaki Ingkar Arahan Saringan COVID-19 Di Labuan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?