I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia

Last updated: 20/07/22 6:16 PM
Husna Hazmi
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Penggemar kopi di luar sana, sanggup tak anda cuba?

Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia. Sebut saja kopi, hampir semua orang zaman sekarang minum kopi kan? Kopi kini tidak lagi dianggap sekadar sejenis minuman untuk menghilangkan rasa dahaga atau untuk mengelakkan rasa mengantuk.

Namun sekarang, ia telah perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada produk gaya hidup yang diambil secara rutin. Tak hairanlah zaman kini banyak kafe yang menghidangkan pelbagai jenis kopi yang menarik dan sedap.

Kali ini, jom ketahui kopi paling mahal di dunia yang diproses daripada najis haiwan:

Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia
Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia

Kopi Black Ivory

Merupakan kopi yang paling mahal di dunia, Black Ivory (black tusk) merupakan sejenis kopi yang dibuat dengan cara amat luar biasa. Kopi ini mula diperkenalkan oleh Anantara iaitu sebuah hotel di Thailand.

Kopi Black Ivory dari Thailand ini merupakan kopi yang terhasil daripada pencernaan najis binatang yang terkenal di negara tersebut iaitu gajah! Biar betul Kopi tahi gajah? Walaupun sukar dipercayai, namun kopi itu sendiri amat terkenal di kalangan penggemar kopi di Thailand.

Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia
Kredit gambar: Facebook

Penghasilan dan cara memproses kopi ini yang sangat rumit

Oleh kerana penghasilan dan cara memproses kopi ini yang sangat rumit, ia menjadikan kopi Black Ivory ini sebagai kopi yang paling mahal dan mencecah harga RM4661.80 bagi setiap kilogram manakala bagi secawan kopi ini pula harganya adalah RM212.

Menurut Hotel Anantara, berdasarkan kajian, enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah tersebut mengandungi protein sekaligus menjadikan ianya biji kopi yang berkualiti tinggi.

Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia

Pusat penjagaan gajah yang digunakan untuk memproses kopi berkenaan

Hotel tersebut juga mempunyai pusat penjagaan gajah di utara Thailand yang digunakan untuk memproses kopi berkenaan. Untuk memnghasilkan sekilo serbuk kopi Black Ivory, gajah-gajah ini perlu memakan 33 kilogram biji kopi, selain makanan harian nasi dan pisang.

Untuk proses pembuatan kopi ini, najis daripada gajah-gajah ini akan segera dikutip semula dan segera dibersihkan kemudian dikeringkan sebelum ianya diproses lagi menjadi serbuk kopi.

Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia
Kredit gambar: Facebook

Kopi Luwak

Sekiranya anda merupakan peminat tegar kopi, mesti anda pernah dengar mengenai Kopi Luwak. Kopi unik berasal dari Indonesia ini adalah antara kopi yang paling mahal di dunia dengan harga mencecah RM148 hingga RM424 untuk satu cawan kopi sahaja.

Harga kopi ini teramatlah kayangan kerana kesukaran untuk mendapatkan biji kopi luwak itu sendiri. Biji luwak ini diperoleh daripada najis musang kelapa (Asian Civets) atau lebih dikenali sebagai Luwak.

Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia
Kredit gambar: Facebook

Luwak merupakan haiwan yang banyak ditemui di Asia Tenggara

Luwak merupakan haiwan yang banyak ditemui di Asia Tenggara dan sejenis haiwan yang aktif pada waktu malam. Makanan utamanya adalah buah-buahan, biji-bjian dan salah satu makanan kegemaran luwak ini adalah biji kopi!

Haiwan comel nokturnal ini tak makan kopi yang sembarangan tau? Ianya hanya akan memilih bji kopi yang terbaik sahaja untuk dimakan.

Diproses Daripada Najis Haiwan, Kenali 2 Jenis Biji Kopi Termahal Di Dunia
Kredit gambar: Facebook

Mencari najis-najis daripada luwak

Bagi penghasilan kopi ini, biasanya seseorang itu perlu mencari najis-najis daripada luwak yang hidup secara liar. Kesukaran untuk mendapatkan jumlah biji kopi yang banyak menjadikan harga kopi luwak ini teramatlah mahal.

Jadi, apa yang anda rasa? Sanggup tak anda menghirup kopi yang dihasilkan daripada najis binatang? Apapun, semua jenis kopi ada keistimewaannya sendiri tak kira lah berapa harganya. Jadi, nikmatilah secawan kopi anda itu dengan rasa tenang.

Ketahui fakta menarik mengenai makanan eksotik yang masih lagi dimakan oleh penduduk di Sarawak:

Husna Hazmi 20 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diadakan Pada Hujung Minggu Ini, Jom Ke Food Festival Yang Berlangsung Di The Hills! Diadakan Pada Hujung Minggu Ini, Jom Ke Food Festival Yang Berlangsung Di The Hills!
Next Article Ini 5 Perkara Besar Yang Berlaku Di Sarawak Pada 22 Julai 1963

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

8 Ogos 2022
Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?