• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cacing Kayu Bakau, Temilok / Kejumah Yang Enak Sebagai Alternatif Ulat Mulong

Oleh
Ismail NA
3 Mac 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Kegemaran orang Lundu di Sarawak.

Cacing Kayu Bakau, Temilok / Kejumah Yang Enak Sebagai Alternatif Ulat Mulong. Pernah dengar tak tentang temilok atau kejumah? Dengar khabar, makanan ini popular di Lundu, tau! Bagi anda yang tidak tahu, dalam artikel kali ini, kami perkenalkan kepada anda cacing kayu bakau yang enak lagi menyelerakan. Barang kali mungkin boleh menjadi pengganti kepada ulat mulong!

Temilok merupakan sejenis ulat atau cacing yang dijumpai dalam kayu bakau. Di Sarawak, ulat ini bukanlah sesuatu yang asing untuk penduduk di kawasan Lundu. Masyarakat di sana memanggil ulat ini dengan gelaran ulat kejumah.

Cacing Kayu Bakau, Temilok / Kejumah Yang Enak Sebagai Alternatif Ulat Mulong
Bahagian kepala dan ekor temilok dari jarak dekat

Bagi mereka yang pertama kali melihat temilok ini, pasti akan rasa sedikit tidak senang atau geli kerana bentuknya yang panjang dan licin. Temilok juga mempunyai bahagian mata yang berbentuk bulat dan bahagian ekor yang berbentuk seperti dua tulang kecil. Diameternya pula agak-agak sebesar sebatang pen atau besar sedikit daripada itu.

Rasa seperti telur separuh masak, sungguh enak dimakan begitu saja!

Namun demikian, tahukah anda bahawa kejumah ini merupakan hidangan eksotik kegemaran masyarakat Lundu? Ulat ini boleh dimakan secara mentah mahu pun dimasak dengan cara rebusan bersama serai dan lauk berempah. Isinya berwarna putih, dan kadang kala dihirup begitu sahaja, Rasanya pula seakan-akan telur ayam separuh masak tanpa isi kuning. Bukan sahaja ia digemari oleh penduduk Melayu dan Iban, malah ia juga turut menjadi buruan masyarakat Cina di kawasan tersebut.

Cacing Kayu Bakau, Temilok / Kejumah Yang Enak Sebagai Alternatif Ulat Mulong
Sumber foto : dwainformation.com
Cacing Kayu Bakau, Temilok / Kejumah Yang Enak Sebagai Alternatif Ulat Mulong
Sumber foto : FB Sarikei Virals

Kalau kayu bakau berlubang, confirm ada temilok di dalamnya

Temilok ini kebiasaannya dijumpai di dalam akar kayu bakau yang telah lama ditenggelami air atau di dalam kayu bakau telah tumbang. Habitatnya adalah di kawasan hutan paya bakau. Ia bukan sahaja boleh dijumpai di Sarawak, tetapi juga di mana-mana kawasan paya bakau di Asia. Contohnya seperti di Papua New Guinea, Filipina malah di Australia.

Namanya juga berbeza-beza mengikut tempat. Jika di Papua, ia digelar tambelo. Jika di Filipina pula, ia digelar tamiloc atau tamilok manakala masyarakat di Australia menggelarnya sebagai Mangrove Worms atau Shipworms.

Para pencari kejumah akan mengetahui kayu bakau yang didiami oleh temilok ini berdasarkan lubang-lubang yang ada semasa kayu-kayu tersebut dibelah.

Bagi mereka yang sudah biasa mencari temilok, cabaran berjalan di dalam hutan paya bakau yang sukar dan lama serta mengangkut peralatan menebang pokok seperti chainsaw tidak memberi makna apa-apa jika dibandingkan dengan keenakan temilok yang bakal dijamah kelak.

Temilok makanan sesuai untuk para ibu, boleh naikkan nafsu pula tu!

Berdasarkan jurnal saintifik yang diterbitkan di laman Semantic Scholar, ulat kejumah atau nama saintifiknya Bactronophorus thoracites, merupakan sejenis kerang penebuk kayu (wood-borer shellfish) yang memiliki khasiat pemberi tenaga yang tinggi. Bahkan, ia juga dapat membekalkan tenaga secara luaran mahupun dalaman kepada manusia dalam bentuk glukosa, glikogen dan lemak sekaligus sebagai makanan pemberi stamina.

Masyarakat di Papua percaya bahawa temilok ini sebagai ‘kamoro pil’, iaitu makanan yang sesuai dimakan oleh para ibu kerana ia berupaya untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Selain itu, temilok juga dikatakan mempunyai khasiat untuk mencegah dan memberi kesan terapeutik kepada penyakit malaria, batuk, selesema, reumatik dan sakit belakang.

Cacing Kayu Bakau, Temilok / Kejumah Yang Enak Sebagai Alternatif Ulat Mulong
Gambar sekadar hiasan

Menariknya, ia juga dikhabarkan boleh menaikkan selera makan serta nafsu.

Berbeza dengan cacing yang lain, temilok dikategorikan dalam filum Moluska keluarga Teredinidae yang turut menempatkan makanan laut seperti ambal, kerang, dan siput.

Orang Islam boleh ke makan temilok? Halal ke?

Bagi umat Islam, pastinya ada yang tertanya-tanya akan status halal temilok ini. Menurut Jabatan Mufti Negeri Sarawak, temilok ini boleh dimakan kerana ia tergolong dalam kategori hidupan satu alam yang tidak dapat hidup tanpa sumber air.

Temilok ini biasanya dijual dengan harga sekitar RM 12 untuk satu tin seberat hampir 400 gram. Ia nya mungkin agar sukar didapati di kawasan lain di Sarawak tetapi jika anda berkunjung ke Lundu, mungkin anda boleh cuba untuk usha cacing eksotik ini di Pasar Tamu Lundu untuk merasai sendiri keenakannya. Sekali cuba, pasti nak lagi!

Anda sudah pernah mencuba temilok? Jangan lupa tag rakan atau ahli keluarga anda yang minat temilok dan kongsikan pengalaman anda di ruangan komen, okay?

Apa lagi makanan eksotik yang best? Baca artikel ini pula :

Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman
Makanan Eksotik Sarawak, Lembaga Fatwa Sarawak Keluarkan Hukum Makan Ngoang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Simpati Lihat Anak Muda Gigih Beratur Panjang Seawal Jam 4 Pagi Mohon Pekerjaan Di Kuching
Next Article Pelari Ethiopia Dan Kenya Sapu Bersih Miri Marathon 2024 Pelari Ethiopia Dan Kenya Sapu Bersih Miri Marathon 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?