• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dipuji ‘Hebat’, Kedutaan Amerika Syarikat Kagum Dengan Borneo Cultures Museum

Oleh
Husna Hazmi
8 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Duta Besar Amerika Syarikat kagum dengan Borneo Cultures Museum.

Dipuji ‘Hebat’, Kedutaan Amerika Syarikat Kagum Dengan Borneo Cultures Museum. Dilaporkan, Borneo Cultures Museum sekali lagi mendapat pujian daripada Duta Besar Amerika Syarikat, Brian D McFeeters.

Beliau mengatakan Borneo Cultures Museum ini merupakan antara muzium paling menarik yang pernah beliau lihat serta menyifatkannya sebagai ‘hebat’.

Dipuji 'Hebat', Kedutaan Amerika Syarikat Kagum Dengan Borneo Cultures Museum
Dipuji ‘Hebat’, Kedutaan Amerika Syarikat Kagum Dengan Borneo Cultures Museum. Kredit foto: FB Borneo Cultures Museum

Kagum dengan jumlah pengunjung yang datang di Borneo Cultures Museum

Brian juga berasa kagum apabila dia mengetahui Borneo Cultures Museum ini telah merekodkan sebanyak 450,000 pengunjung walaupun baru sahaja dibuka baru-baru ini.

Sebagai peminat tegar muzium di seluruh dunia, ini adalah antara muzium paling menarik yang pernah saya lihat dan ingin mengambil kesempatan untuk meraikan Borneo Cultures Museum Ini”, kata beliau semalam pada pihak akhbar tempatan di Sarawak Biodiversity Centre (SBC).

Brian berkata, aras yang paling digemarinya adalah aras peredaran masa di mana beliau boleh melihat daripada penyelidikan arkeologi hingga ke zaman moden.

Dipuji 'Hebat', Kedutaan Amerika Syarikat Kagum Dengan Borneo Cultures Museum
Kredit foto: BERNAMA

Program ‘The Speaker’

Kedatangan Kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia ini adalah untuk mengetengahkan tentang program ‘The Speaker’ di mana pakar subjek dari Amerika dibawa masuk ke Malaysia untuk kepentingan orang ramai.

Baru-baru ini, dua orang pakar telah dihantar ke Sarawak untuk mendidik orang ramai mengenai pemerdagangan manusia dan juga mempromosi keusahawanan kepada para wanita serta pendidikan STEM kepada kanak-kanak perempuan.

Baca lagi mengenai Borneo Cultures Museum di sini:

Muzium Budaya Borneo Kini Tetapkan Bayaran Masuk Mulai 1 Ogos 2022
Tak Perlu Dah Book Online! Mulai 1 Julai Ini Borneo Cultures Museum Terima Walk-in Sepenuhnya
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tunggakan Bil Elektrik Hampir Cecah RM10K Tular Dan Hal Ini Banyak Terjadi Seperti Tiada Kesudahan
Next Article Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?