• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans

Oleh
ILB - AI
8 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

SK Luagan, sekolah rendah pertama di Malaysia masuk festival filem antarabangsa

Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans. Siapa sangka sekolah rendah di Lawas ini telah terpilih untuk mewakili Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa. Hanya berbekalkan kreativiti menghasilkan filem pendek, Sekolah Rendah Luagan Lawas menjadi sekolah rendah pertama di Malaysia sampai ke festival berprestig ini.

Filem pendek yang dihasilkan oleh SK Luagan ini telah tersenarai dalam 100 calon filem pendek dari seluruh dunia di Festival Filem Di New Orleans pada 21 Oktober nanti.

Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans
Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans. Sumber gambar: FB Muhammad Nazmi

Aktif promosikan filem ‘Teether’ yang terinspirasi daripada idea raksasa

Penilaian yang bermula pada hari ini, 8 Oktober menyaksikan anak-anak murid dari SK Luagan, Lawas aktif mempromosikan filem pendek mereka yang diarahkan oleh guru mereka sendiri, cikgu Muhammad Nazmi Rosli.

Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans
Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans. Sumber gambar: FB Muhammad Nazmi

Menurut cikgu yang juga pengarah filem pendek ‘Teether’ ini, semua idea ini terinspirasi daripada idea murid beliau tentang raksasa. Walaupun hakikatnya pada mulanya, idea raksasa ini tidak sesuai dengan budaya Malaysia, tetapi percubaan kali ini berjaya hingga peringkat antarabangsa.

Cabaran dana tetapi tidak menghalang kejayaan mereka

Bukan itu sahaja, filem ini juga menghadapi beberapa cabaran seperti cabaran bahagian dana yang agak tinggi. Namun, usaha mereka mendapatkan dana melalui cara penjualan barang terpakai dan menjual pautan filem pendek ini melalui Google Drive bernilai RM5 telah membantu menjayakan misi mereka ke festival ini kelak.

Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans
Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans. Sumber gambar: FB Muhammad Nazmi

Penerimaan penyertaan filem pendek ini dalam festival kali ini telah memberi kejayaan dan kegembiraan yang memberansangkan untuk anak murid beliau. Hal ini sekaligus memberi ruang kepada bakat-bakat muda untuk lebih mengasah bakat mereka serta keyakinan mereka.

Banyak usaha mereka lakukan untuk menjayakan filem ini sehingga berjaya ke peringkat antarabangsa dan mereka juga menjadikan Festival Filem Kesihatan Mental di Rusia kelak sebagai sasaran seterusnya.

Banyak kejayaan yang melibatkan guru dan anak murid-murid telah mengharumkan nama Sarawak pada masa kini:

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa
Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF

SUMBER :FB Muhammad Nazmi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dipuji ‘Hebat’, Kedutaan Amerika Syarikat Kagum Dengan Borneo Cultures Museum
Next Article Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?