• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dirakam Di Jajaran Julau-Sarikei, Beberapa Lori Dilihat Memandu Lawan Arus

Oleh
ILB - AI
30 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Dirakam Di Jajaran Julau-Sarikei, Beberapa Lori Dilihat Memandu Lawan Arus

Lori terbabit dirakam melawan arus di jajaran Julau-Sarikei

Dirakam Di Jajaran Julau-Sarikei, Beberapa Lori Dilihat Memandu Lawan Arus. Dilaporkan beberapa lori telah dirakam membuat kesalahan trafik apabila mereka didapati melawan arus.

Kejadian terbabit dirakam di jajaran Julau-Sarikei, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan telah mengundang kecaman netizen yang berpendapat tindakan terbabit membahayakan pengguna jalan raya.

Dirakam Di Jajaran Julau-Sarikei, Beberapa Lori Dilihat Memandu Lawan Arus

Difahamkan kawasan tersebut adalah ‘kawasan panas’ untuk kenderaan memandu melawan arus

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak di Facebook, beberapa lori telah dilihat memandu melawan arus sepanjang jalan di jajaran Julau-Sarikei.

Apa yang lebih membahayakan adalah lori-lori terbabit dilihat memasuki Lorong P secara tidak sah.

Kredit: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

Tinjauan dari komen mendapati bahawa kawasan tersebut adalah tempat paling kerap dengan pemandu lawan arah – dari sekecil motosikal sehinggalah sebesar lori.

Tindakan lori-lori terbabit yang memandu melawan arus turut mengundang kemarahan netizen kerana tindakan pemandu-pemandu lori berkenaan amat berbahaya kepada para pengguna jalan raya yang lain.

Difahamkan juga, pihak polis kini sedang menjejaki pemandu lori terbabit untuk tindakan lajut.

Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:

𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗥𝗔𝗙𝗜𝗞 𝗗𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗨𝗛𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗥𝗡𝗘𝗢 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞Satu laporan polis telah dibuat berhubung kesalahan trafik yang dilakukan oleh beberapa lori yang melawan arus di jajaran Julau-Sarikei, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pagi tadi.Tindakan pemandu-pemandu lori berkenaan amat merbahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain dan boleh mengakibatkan kemalangan maut.Dikala pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan jaringan jalan raya yang selesa untuk semua lapisan masyarakat, kita amat berharap agar semua pengguna Lebuhraya Pan Borneo untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.Sayangi nyawa anda dan ambil kira keselamatan orang lain serta orang yang mereka sayangi.

Posted by Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak on Monday, November 28, 2022

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo
Next Article 'Habis Rosak Rim', Netizen Mengadu Jalan Berlubang Di Jalan Demak Petra Jaya Undang Bahaya ‘Habis Rosak Rim’, Netizen Mengadu Jalan Berlubang Di Jalan Demak Petra Jaya Undang Bahaya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?