• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo

Oleh
Nazihah AN
30 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo

Difahamkan bahawa kejadian berlaku di kawasan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Bau.

Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo. Niat untuk menyambung kembali kerja-kerja pembinaan jalan di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini terbantut selepas mendapati beberapa peralatan trafik hilang dipercayai dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Laporan terus dibuat selepas menyedari kehilangan peralatan tersebut oleh pasukan trafik mewakili pihak kontraktor yang terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Bau. Pihak mereka mendapati apabila peralatan yang telah ditetapkan bagi panduan arah trafik telah hilang dari kawasan.

Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo
Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo. Sumber: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

Beberapa peralatan trafik dipercayai telah di vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab

Menerusi perkongsian milik Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak di Facebook, dikatakan bahawa terdapat 2 laporan diterima mengenai dengan kehilangan peralatan trafik di dua kawasan di Bau.

Dalam laporan pertama, pihak kontraktor telah mendapati bahawa lampu solar dan tiang besi yang sepatutnya diletakkan di laluan Bau-Batu Kawa bagi menerangi lencongan yang dibuat oleh kontraktor telah hilang.

Manakala laporan kedua pula telah difailkan kehilangan 60 set lampu kejap (blinker) dan 17 batang besi papan tanda dari kawasan Kampung Sibuluh Bau sehingga ke Batang Kayan Hulu.

Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo
Sumber: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

Bagi anda yang menyaksikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut hendaklah laporkan kepada pihak berkuasa.

Tegas pihak JKR Pan Borneo, kepada individu yang tidak bertanggungjawab tersebut diingatkan untuk tidak mengulangi perbuatan vandalisme atau mengambil peralatan trafik kerana ianya boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan yang lain.

Dan kepada mana-mana pihak yang menyaksikan perbuatan vandalisme atau jenayah ke atas peralatan trafik tersebut, hendaklah melaporkan salah laku tersebut kepada pihak berkuasa demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo


Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang 'Cool' Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang ‘Cool’ Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang
Next Article Dirakam Di Jajaran Julau-Sarikei, Beberapa Lori Dilihat Memandu Lawan Arus Dirakam Di Jajaran Julau-Sarikei, Beberapa Lori Dilihat Memandu Lawan Arus

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?