• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disahkan Meninggal Kerana Sesak Nafas, Celoteh Adik Aming Petah Bercakap Akan Dirindui Ramai

Oleh
Nazihah AN
26 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Disahkan Meninggal Kerana Sesak Nafas, Celoteh Adik Aming Petah Bercakap Akan Dirindui Ramai

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah adik Aming

Disahkan Meninggal Kerana Sesak Nafas, Celoteh Adik Aming Petah Bercakap Akan Dirindui Ramai. Dilaporkan bahawa, kanak-kanak yang dulu pernah tular di media sosial menerusi videonya yang petah berkata-kata sambil memberi nasihat telah meninggal dunia di kediamannya di Tawau pada awal pagi tadi.

Allayarham Muhammad Aming Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming berusia lapan tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi. Perkara ini telah disahkan oleh ibu kandungnya sendiri, Santi Sabri, berusia 33 tahun.

Kata ibunya, sebelum ini Aming berada dalam keadaan yang sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti COVID-19. Seperti di mana-mana video arwah Aming amatlah petah berkata-kata dan adik ini juga merupakan seorang yang sentiasa ceria orangnya.

Disahkan Meninggal Kerana Sesak Nafas, Celoteh Adik Aming Petah Bercakap Akan Dirindui Ramai
Disahkan Meninggal Kerana Sesak Nafas, Celoteh Adik Aming Petah Bercakap Akan Dirindui Ramai

Video-video nasihat Muhammad Aming yang disifatkan sebagai comel serta kepetahannya menyampaikan nasihat dengan bersahaja dalam slang Sabah telah menghiburkan orang ramai.

Apa yang memilukan, Aming sempat menolong ibunya mengangkat barang-barang, azan dan solat sebelum arwah mengadu sesak nafas. Arwah si anak bongsunya bahkan sempat memesan kepada ibunya supaya menutup aurat dengan sempurna.

Difahamkan, Muhammad Aming menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 awal pagi hari ini.

Akaun Facebook kanak-kanak itu mempunyai lebih daripada 113,000 peminat. Salah satu videonya mengesyorkan agar orang mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan memakai topeng. Ia dimuat naik pada 27 Oktober tahun lalu dan telah dikongsi lebih daripada 49,000 kali dan ditonton sebanyak 1.4 juta kali.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Muhammad Aming. Hilang sebutir permata, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nafsu Kalah Binatang, Lelaki Rogol Anak Saudara Darjah 6 Dihukum Penjara 18 Tahun
Next Article JPBN Sibu Cadang Individu Masuk Ke Sibu Perlu Jalani Ujian Calitan COVID-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?