• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nafsu Kalah Binatang, Lelaki Rogol Anak Saudara Darjah 6 Dihukum Penjara 18 Tahun

Oleh
Husna Hazmi
26 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Tertuduh meletakkan sebilah pisau lipat di leher mangsa dan memaksa mangsa melakukan seks dengannya.

Nafsu Kalah Binatang, Lelaki Rogol Anak Saudara Darjah 6 Dihukum Penjara 18 Tahun. Dilaporkan bahawa, seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuching, semalam selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dan jenayah seksual terhadap anak saudaranya yang hanya berusia 12 tahun, di dalam sebuah kereta. 

Isi Isi Penting
  • Tertuduh meletakkan sebilah pisau lipat di leher mangsa dan memaksa mangsa melakukan seks dengannya.
  • Melakukan perbuatan berkenaan di dalam sebuah kereta
  • Tertuduh merupakan abang ketiga kepada ibu kandungnya
  • Mangsa yang berada di dalam keadaan ketakutan tidak berani melawan
Nafsu Kalah Binatang, Lelaki Rogol Anak Saudara Darjah 6 Dihukum Penjara 18 Tahun
Nafsu Kalah Binatang, Lelaki Rogol Anak Saudara Darjah 6 Dihukum Penjara 18 Tahun. Gambar sebagai hiasan

Melakukan perbuatan berkenaan di dalam sebuah kereta

Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 44 tahun yang didakwa melakukan kedua-dua perbuatan berkenaan di dalam sebuah kereta diletakkan di sebuah kampung di Bau pada 19 Julai lalu, pada jam lebih kurang 6.15 petang.  

Tertuduh dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan tujuh sebatan atas kesalahan sumbang mahram, serta penjara lapan tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan melakukan jenayah seksual. Mahkamah juga turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara terbabit secara serentak, bermula dari tarikh tangkapannya pada 17 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang berusia 12 tahun dan seterusnya didakwa serta disabitkan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Di samping itu, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan jenayah seksual terhadap mangsa, dengan cara menyentuh tubuh badan mangsa iaitu mencium pipi untuk tujuan seksual.

Nafsu Kalah Binatang, Lelaki Rogol Anak Saudara Darjah 6 Dihukum Penjara 18 Tahun
Gambar sebagai hiasan

Tertuduh merupakan abang ketiga kepada ibu kandungnya

Untuk itu, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan keterangan kes, mangsa dikatakan bersetuju untuk mengikut tertuduh keluar membeli minuman pada hari kejadian dengan menaiki sebuah kereta, kerana tertuduh merupakan abang ketiga kepada ibu kandungnya serta tinggal bersama neneknya di dalam rumah sama di Bau.

Tertuduh telah memberhentikan kereta dipandunya itu di kawasan semak yang sunyi dan kemudian mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks tetapi mangsa menolak. Sejurus permintaan tertuduh ditolak, tertuduh terus mengeluarkan sebilah pisau lipat dan meletakkannya di leher mangsa.

Nafsu Kalah Binatang, Lelaki Rogol Anak Saudara Darjah 6 Dihukum Penjara 18 Tahun
Gambar sebagai hiasan

Mangsa yang berada di dalam keadaan ketakutan tidak berani melawan

Mangsa yang berada di dalam keadaan ketakutan tidak berani untuk melawan dan dilaporkan gagal berbuat apa-apa untuk mempertahankan dirinya. Selepas kejadian itu juga, laporan polis dibuat dan tertuduh ditangkap di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen Kuching selepas hampir sebulan melarikan diri. 

Sebelum hukuman dijatuhkan kepada tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya Nadratun Naim Mohd Saidi memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat sebagai pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira beberapa faktor. Antaranya adalah kepentingan awam, hubungan tertuduh dan mangsa, faktor usia iaitu membabitkan gadis bawah umur serta kesan trauma seumur hidup yang bakal dihadapi mangsa yang tidak bersalah itu.

Tertuduh juga tidak diwakili oleh mena-mana peguam.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sertai NASA Space Apps Hackathon, Hackathon 48 Jam Pertama Dianjurkan Sarawak Bersama NASA
Next Article Disahkan Meninggal Kerana Sesak Nafas, Celoteh Adik Aming Petah Bercakap Akan Dirindui Ramai Disahkan Meninggal Kerana Sesak Nafas, Celoteh Adik Aming Petah Bercakap Akan Dirindui Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?