• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disangka Kemalangan Kendiri, Seorang Pegawai Polis Rupanya Mati Ditembak Di Miri

Oleh
Ismail NA
18 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Disangka Kemalangan Kendiri, Seorang Pegawai Polis Rupanya Mati Ditembak Di Miri. Kemalangan yang asalnya disangka akibat kecuaian kendiri pemandu bertukar menjadi punca yang mencurigakan apabila pemandunya didapati mati akibat ditembak. Pemandu tersebut yang juga merupakan seorang pegawai polis ditembak di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Orang awam menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda remuk di bahagian depan akibat melanggar sebatang pokok di Jalan Hilltop, Miri. Walau bagaimanapun, pemandu yang tersepit di dalam kenderaan yang remuk tersebut ditemui dalam keadaan yang mencurigakan.

Pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan kejadian berkenaan sekitar jam 8.30 malam.

Disangka Kemalangan Kendiri, Seorang Pegawai Polis Rupanya Mati Ditembak Di Miri
Disangka Kemalangan Kendiri, Seorang Pegawai Polis Rupanya Mati Ditembak Di Miri. Sumber foto: The Borneo Post

Kesan tembakan didapati di bahagian badan

Susulan itu, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi. Siasatan awal mengesahkan bahawa pemandunya adalah seorang pegawai polis dan meninggal dunia bukan disebabkan kemalangan, tetapi sebaliknya akibat tembakan di bahagian badannya.

Pegawai tersebut didapati mempunyai kesan tembakan di bahagian badan setelah mayatnya dikeluarkan daripada kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mencari motif serta punca kejadian.

Usah sebar maklumat tidak sah

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Miri, ACP Hakemal Hawari memohon kerjasama orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah di media sosial atau membuat sebarang spekulasi tentang kejadian ini memandangkan ia akan mengganggu proses siasatan.

Beliau juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil memberi keterangan di Balai Polis yang berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Insp. Mohd Firdaus Hanafiah Bin Zulkifley di talian 085-433 730.

Buat masa ini, pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Mayat telah dihantar ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena ‘Skip’, Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?
Next Article Stesen Minyak 3 Dalam 1, Petros Darul Hana Kini Sudah Dibuka Untuk Orang Ramai!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?