• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena ‘Skip’, Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?

Oleh
Ismail NA
18 Mac 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Kejadian ini berlaku di sebuah taman perumahan di Kuching.

[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena ‘Skip’, Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau? Adakah benar kalau sampah sarap anda tidak diletakkan di dalam tong sampah hijau, sampah anda akan dipinggirkan dan tidak dikutip oleh pengutip sampah?

Isi Isi Penting
  • Kejadian ini berlaku di sebuah taman perumahan di Kuching.
  • Mesti ada tong sampah hijau, baru kena kutip.
  • Nak ambil tong sampah baru, kena bayar ke tak?
  • Reaksi bercampur baur daripada netizen
  • Kami juga pernah menerbitkan tentang aplikasi aduan Trinekens di sini :

Menerusi sebuah hantaran yang tular di media sosial, seorang wanita dilihat tidak puas hati apabila sampah yang diletakkannya di dalam tong sampah hitam tidak dikutip oleh lori mengangkut sampah. Wanita yang bernama Faizah Abu Hassan tersebut bertindak merakam pegawai pengangkut yang sedang bertugas sambil mendapatkan penjelasan daripada mereka.

Hantaran ini telah mendapat 164 perkongsian serta lebih 130 komen setakat artikel ini diterbitkan.

Berdasarkan catatan Faizah, sampah yang diletakkan di hadapan rumahnya dalam keadaan kemas dan berplastik serta dimasukkan dengan elok di dalam tong sampah berwarna hitam. Walau bagaimanapun, beliau tidak berpuas hati dengan cara pihak pengangkut sampah tersebut yang memilih untuk mengutip sampah di mana terdapatnya tong sampah berwarna hijau sahaja.

Mesti ada tong sampah hijau, baru kena kutip.

Tambahnya lagi, sampah-sampah jiran sebelah juga turut diletakkan di dalam tong sampah berwarna hitam namun ia dikutip oleh pihak pengangkut sampah atas alasan terdapat tong sampah hijau berdekatan tong sampah hitam tersebut.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan pihak pengangkut sampah itu, Faizah turut memberitahu bahawa jika beliau mahu sampahnya diambil, maka salah satu taktiknya adalah dengan ‘meminjam’ tong sampah hijau jiran sebentar supaya sampahnya diangkut sama dan tidak dilangkau lagi.

Nak ambil tong sampah baru, kena bayar ke tak?

Menerusi video yang berdurasi 2 minit tersebut, Faizah memberitahu petugas pengangkut sampah bahawa tong sampah hijaunya sudah hilang sebanyak 2 kali. Petugas tersebut mencadangkan agar wanita tersebut menuntut tong sampah hijau yang baru di Depo Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) secara percuma. Namun kenyataan itu ditentang oleh Faizah dengan mengatakan bahawa pengambilan tong sampah baharu memerlukan beliau membayar sebanyak RM 50-100.

[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena 'Skip', Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?
[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena ‘Skip’, Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau? Sumber : FB Faizah Abu Hassan

Petugas tersebut juga dilihat turut mengambil gambar tong sampah Faizah untuk tindakan selanjutnya.

Wanita ini juga tetap mempersoalkan sikap petugas pengangkut sampah yang pilih kasih untuk mengutip sampah walaupun sampah telah diletakkan secara elok di dalam tong sampah. Bezanya, ia bukan berwarna hijau.

Reaksi bercampur baur daripada netizen

Menerusi tinjauan di laman komen, netizen ternyata memberikan reaksi bercampur baur tentang perkara ini.

Ada yang menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh petugas pengangkut sampah tersebut adalah sebahagian daripada SOP yang perlu dipatuhi oleh mereka. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa pengutipan sampah tidak seharusnya dipilih berdasarkan warna tong sampah kerana ia tetap apa yang diletakkan di dalamnya tetap sama iaitu sampah sarap.

[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena 'Skip', Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?
Sumber : FB Faizah Abu Hassan
[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena 'Skip', Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?
Sumber : FB Faizah Abu Hassan
[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena 'Skip', Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?
Sumber : FB Faizah Abu Hassan
[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena 'Skip', Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?
Sumber : FB Faizah Abu Hassan
[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena 'Skip', Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?
Sumber : FB Faizah Abu Hassan

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua pihak. Untuk makluman anda, sekiranya tong sampah anda hilang, anda boleh membuat aduan terus ke pihak yang berkaitan dengan memuat turun aplikasi Trinekens Customer Care di Apple App Store, dan Google Play Store. Malah, anda juga boleh membuat permohonan tong sampah baharu di sini juga sekaligus menjimatkan masa anda.

[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena 'Skip', Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?
[VIDEO] Wanita Di Kuching Bengang Sampahnya Kena 'Skip', Benarkah Tak Dikutip Jika Bukan Dalam Tong Hijau?

Kami juga pernah menerbitkan tentang aplikasi aduan Trinekens di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengaku Kaya Dan Tipu Korban Hingga Puluhan Juta, Kisah 'Tinder Swindler' Turut Terjadi Di Indonesia Mengaku Kaya Dan Tipu Korban Hingga Puluhan Juta, Rupanya Ada ‘Tinder Swindler’ Versi Indonesia!
Next Article Disangka Kemalangan Kendiri, Seorang Pegawai Polis Rupanya Mati Ditembak Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?