• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh

Oleh
Ismail NA
22 April 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Aikk, takkan tak kenal Datuk Pandelela Rinong?

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh. Jika anda merupakan rakyat Malaysia sejati, pasti anda mengenali Datuk Pandelela Rinong atau mesra disapa dengan panggilan Lela. Kalau anda baru mendengar nama ini, Datuk Pandelela merupakan penerjun kebangsaan yang berbangsa Bidayuh Kristian dan berasal dari Bau, Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Aikk, takkan tak kenal Datuk Pandelela Rinong?
  • Kali pertama disoal sebegitu rupa sepanjang hidupnya
  • “Mereka tak tahu siapa Pandelela Rinong?! Kesian..” – Netizen
  • Siap kena suruh tunjuk IC weh!
  • Orang Sabah Sarawak selalu kena di Semenanjung sebab muka macam orang Muslim
  • Ada juga yang saling mengingatkan
  • Datuk Pandelela Rinong bukan sekadar ikon terjun negara tetapi beliau juga lantang menyuarakan salah laku gangguan seksual dalam kalangan atlet wanita. Baca selanjutnya di sini:

Walau bagaimanapun, satu kejadian lucu ringkas telah berlaku ke atas penerjun negara ini apabila beliau tidak semena-mena disoal sama ada beliau berbangsa Melayu atau bukan. Hal ini gara-gara beliau memesan hidangan minum petang (high-tea) di sebuah restoran di Ipoh, Perak.

Lebih-lebih lagi di bulan puasa Ramadan, di mana umat Islam menunaikan ibadah puasa.

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh. Sumber : FB Pandelela Rinong

Kali pertama disoal sebegitu rupa sepanjang hidupnya

Jelasnya, ini adalah kali pertama beliau ditanya soalan sebegitu sepanjang hidupnya. Pengalaman tersebut telah dikongsikan beliau di laman Facebook nya semalam, disertakan dengan emoji ketawa. Berdasarkan hantaran Pandelela juga, kejadian lucu itu berlaku pada petang semalam, 21 April 2022.

Sehingga artikel ini diterbitkan, hantaran beliau telah tular dengan 124 perkongsian serta mengundang lebih 8,000 tanda suka serta lebih 400 komen.

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh . Sumber : FB Pandelela Rinong

“Mereka tak tahu siapa Pandelela Rinong?! Kesian..” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang menempelak pelayan yang mempersoalkan Datuk Pandelela Rinong. Rata-rata netizen juga memberitahu bahawa terdapat segelintir individu yang suka ‘menyiasat’ latar belakang individu yang membeli makanan semasa bulan puasa.

Malah ada juga yang tidak ketinggalan berkongsi pengalaman yang serupa pernah menimpa diri masing-masing.

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Sumber : FB Pandelela Rinong
Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Sumber : FB Pandelela Rinong
Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Sumber : FB Pandelela Rinong

“Bila orang bukan India atau Cina makan di Semenanjung semasa bulan puasa. Saya pernah mengalaminya semasa bulan puasa. Makan di bulan ini terasa seperti seorang penjenayah. Semua mata memerhati,”
Netizen

Siap kena suruh tunjuk IC weh!

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Sumber : FB Pandelela Rinong

Orang Sabah Sarawak selalu kena di Semenanjung sebab muka macam orang Muslim

Ada juga yang berpendapat tindakan tersebut sebenarnya agak biadap memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa. Jadi, tidak mustahil jika ada individu yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam yang memiliki iras-iras wajah seperti Melayu kerana masyarakat bumiputera termasuk masyarakat Sabah dan Sarawak di negara ini masih berasal dari rumpun yang sama.

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Sumber : FB Pandelela Rinong
Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Sumber : FB Pandelela Rinong
“Apa yang kita dapat dengan stereotaip bangsa dan agama? Ia hanya akan mencipta lebih ramai orang berperangai acah-acah alim.

Ini adalah perkara yang perlu kita pelajari daripada masyarakat Sabah dan Sarawak. Saya cinta akan toleransi dan penerimaan mereka terhadap budaya masing-masing. Apa-apa pun, saya orang Kelantan.”
Netizen

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Sumber : FB Pandelela Rinong
Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh
Sumber : FB Pandelela Rinong

Bagi masyarakat Melanau di Sarawak yang bukan beragama Islam, nama mereka tetap menggunakan bin dan binti. Persoalan seperti ini sangat lazim diterima oleh mereka memandangkan status bin dan binti yang dimiliki oleh mereka meskipun mereka bukan beragama Islam.

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh

Ada juga yang saling mengingatkan

Walau bagaimanapun, tidak semua pelayan atau pemilik restoran berperangai seperti itu. Satu komen menarik netizen ini pula menceritakan situasi sebaliknya. Menurut netizen ini, beliau berterima kasih kepada seorang pelayan wanita Muslim yang bertanya kepadanya adakah beliau seorang Katolik. Pertanyaan tersebut terus mengingatkan beliau bahawa beliau tidak boleh memakan daging kerana kebetulan pada ketika itu beliau memesan sup daging pada hari Jumaat musim Lent Kristian.

Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh

Itulah orang kata, kita harus sentiasa bersangka baik dan tidak perlu menyiasat latar belakang seseorang semata-mata untuk memastikan sama ada mereka berpuasa atau tidak. Apatah lagi kita hidup di negara yang berbilang kaum dan agama. Sikap toleransi adalah sesuatu yang perlu diterapkan sesama kita.

Kalau dah kena macam ni, kan malu. Member dah ada pangkat Datuk, ratu terjun negara pun tak kenal lagi Melayu ke bukan. Adoyai.

Datuk Pandelela Rinong bukan sekadar ikon terjun negara tetapi beliau juga lantang menyuarakan salah laku gangguan seksual dalam kalangan atlet wanita. Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Makin Menjadi-Jadi, Lelaki 35 Tahun Di Miri Direman Polis Kerana Cabul Anak Buah Darjah 6
Next Article [VIDEO] Tular Buli Seorang Pelajar Secara Berkumpulan Di Sekolah Asrama Sibu, Suspek Telah Dikenalpasti Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?