• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Makin Menjadi-Jadi, Lelaki 35 Tahun Di Miri Direman Polis Kerana Cabul Anak Buah Darjah 6

Oleh
Ismail NA
22 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Apa nak jadi?

Makin Menjadi-Jadi, Lelaki 35 Tahun Di Miri Direman Polis Kerana Cabul Anak Buah Darjah 6. Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan reman oleh polis kerana didakwa mencabul anak buah kandungnya yang baru berusia 12 tahun. Suspek ditahan sekitar jam 5.55 petang pada 20 April yang lalu setelah menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Lutong, Miri.

Majistret Leona Dominic Mojiliu meluluskan permohonan yang difailkan oleh Sarjan Daevora Julaimi yang mewakili pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Rayhan Albert, bertujuan untuk menahan reman suspek bagi membantu siasatan.

Berdasarkan laporan yang diterima polis, suspek pada hari yang sama telah mendekati mangsa di biliknya dan mencabul kanak-kanak bawah umur itu dengan meraba-raba tubuhnya serta menyentuh bahagian sulitnya.

Makin Menjadi-Jadi, Lelaki 35 Tahun Di Miri Direman Polis Kerana Cabul Anak Buah Darjah 6
Makin Menjadi-Jadi, Lelaki 35 Tahun Di Miri Direman Polis Kerana Cabul Anak Buah Darjah 6. Suspek (berbaju hijau) ketika ditahan polis. Sumber: The Borneo Post

Suspek juga telah mendedahkan dirinya kepada anak buahnya dalam dua kejadian berasingan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Gangguan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sejak kebelakangan ini, kejadian rogol dan cabul darah kandung sendiri semakin menjadi-jadi di Sarawak. Lagi kejadian sama yang pernah kami terbitkan sebelum ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Di Satok Terbakar 5 Kali! Punca Kebakaran Rupa-Rupanya Angkara Perbuatan Khianat
Next Article Disoal Melayu Ke Bukan, Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Pesan Makanan Di Ipoh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?