• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ditawar Gaji Yang Agak Besar, Enam Warga Sarawak Jadi Mangsa Tipu Sindiket Pekerjaan Di Kemboja

Oleh
Nazihah AN
26 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Ditawar Gaji Yang Agak Besar, Enam Warga Sarawak Jadi Mangsa Tipu Sindiket Pekerjaan Di Kemboja

Pihak polis bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan mangsa-mangsa dan suspek

Ditawar Gaji Yang Agak Besar, Enam Warga Sarawak Jadi Mangsa Tipu Sindiket Pekerjaan Di Kemboja. Ditawar dengan gaji yang lumayan besar di Kemboja, enam lelaki warga Sarawak telah menjadi mangsa sindiket pekerjaan di Kemboja.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata mangsa berusia antara 19 dan 39 tahun dari Kuching dan Padawan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa sindiket pekerjaan apabila mereka dipaksa melakukan penipuan.

Ditawar Gaji Yang Agak Besar, Enam Warga Sarawak Jadi Mangsa Tipu Sindiket Pekerjaan Di Kemboja
Ditawar Gaji Yang Agak Besar, Enam Warga Sarawak Jadi Mangsa Tipu Sindiket Pekerjaan Di Kemboja. Sumber gambar: Harian Metro

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran iklan pekerjaan di laman sesawang atau media sosial

Menurut laporan yang dipetik dari BERNAMA, kertas siasatan kini dibuka dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan enam mangsa berasal dari Padawan itu di Kemboja.

Difahamkan juga bahawa mangsa-mangsa telah ditawarkan peluang bekerja di Kemboja melalui ejen pekerjaan. Setelah sampai ke Kemboja, mangsa tersebut berasa telah diperdaya setelah dipaksa melakukan kerja-kerja penipuan melalui panggilan telefon.

Ditawar Gaji Yang Agak Besar, Enam Warga Sarawak Jadi Mangsa Tipu Sindiket Pekerjaan Di Kemboja
Gambar hiasan. Ditawar Gaji Yang Agak Besar, Enam Warga Sarawak Jadi Mangsa Tipu Sindiket Pekerjaan Di Kemboja

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan mangsa-mangsa dan suspek yang merupakan ejen pekerjaan itu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.”
Pesuruhjaya Polis Sarawak

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran iklan pekerjaan di laman sesawang atau media sosial seperti aplikasi Facebook, WhatsApp dan Wechat.

Jika anda sedang membeli belah untuk barang raya, sila berhati-hati. Sebelum ini pernah tular tali beg nyaris putus disayat pencuri semasa membeli belah di tempat yang terbuka. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baru Mendarat Di Tawau, Sebak Lihat Wanita Ini Berlari Ke Kubur Ibu Untuk Tatapan Terakhir
Next Article TERKINI : Gempa Bumi Lemah Berlaku Lagi Di Kundasang, Sabah TERKINI : Gempa Bumi Lemah Berlaku Lagi Di Kundasang, Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?