• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ditidurkan Akibat Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy Anam Meninggal Dunia

Oleh
ILB - AI
21 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Ditidurkan Akibat Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy Anam Meninggal Dunia

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Stacy

Ditidurkan Akibat Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy Anam Meninggal Dunia. Dukacita dimaklumkan bahawa abang Stacy Anam, iaitu Chaq, telah meninggal dunia pada jam 3:30AM tadi di Hospital Sibu, Sarawak.

Sebelum ini, mendiang telah ditidurkan akibat pendarahan dalam kepala akibat terlibat dalam kemalangan.

Ditidurkan Akibat Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy Anam Meninggal Dunia

Akan dibawa kembali ke kampung halaman di Penampang, Kota Kinabalu

Berita pemergian Chaq, atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam, 35, disampaikan adiknya, Aldrich Andy Anam.

Menurutnya, turut berada di sisi Chaq ketika mendiang abangya menutup mata buat kali terakhir ialah ibu mereka, Agnes Carlos. Katanya lagi, mereka sekeluarga reda dan berlapang dada menerikma takdir itu.

Mayat Chaq masih berada di Hospital Sibu dan mereka sekeluarga akan menguruskan membawa jasad kembali ke kampung halaman di Penampang, Kota Kinabalu, bagi urusan pengebumian.

Difahamkan, Stacy pula dijangka tiba di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur esok untuk bersama-sama keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Chaq.

Terlibat dalam kemalangan di Bintangor, Sarawak

Pada 12 Mac lalu, mendiang Chaq terlibat dalam satu kemalangan di Bintangor, Sarawak sehingga menyebabkan pendarahan dalam kepala.

Bekas peserta sebuah program reality dan penyanyi sambilan itu kemudian bertarung nyawa di hospital walaupun menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan terbabit.

Ia turut dilaporkan beberapa organ dalaman mengalami gangguan, antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.

Setelah bertarung nyawa beberapa lama, Chaq menghembuskan nafas terakhirnya hari ini pada jam 3:30AM di Hospital Sibu, Sarawak.

Lagi di sini:

Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu
Nyawa Diutamakan, Wisma Sanyan Mula Pasang Jaring Keselamatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Betul-Betul Rare, Pengantin Guna Bas Di Matang Ini Raih Perhatian Netizen [VIDEO] Betul-Betul Rare, Pengantin Guna Bas Di Matang Ini Raih Perhatian Netizen
Next Article Selamba 'Rudu' Underpass Petra Jaya, Aksi Lori Ini Jadi Tumpuan Netizen Kuching Selamba ‘Rudu’ Underpass Petra Jaya, Aksi Lori Ini Jadi Tumpuan Netizen Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?