• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dituduh Curi-Curi Rakam Filem, Pelanggan Kesal Terima Layanan Buruk Pekerja Pawagam Di Miri

Oleh
Nazihah AN
10 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Dituduh Rakam Tayangan Di Panggung Wayang, Gadis Ini Luah Rasa Kecewa Terhadap Tindakan Pekerja Ini Di Miri

Sedih apabila dimalukan oleh pekerja panggung wayang itu berkali-kali

Dituduh Curi-Curi Rakam Filem, Pelanggan Kesal Terima Layanan Buruk Pekerja Pawagam Di Miri. Baru baru ini telah tular satu perkongsian di Facebook milik Kogi Minji telah memuat naik di kumpulan Facebook dengan luahan rasa kecewanya terhadap tindakan pekerja di salah sebuah panggung wayang di Miri

Isi Isi Penting
  • Sedih apabila dimalukan oleh pekerja panggung wayang itu berkali-kali
  • Mereka sekeluarga telah membeli tiket wayang Dr. Strange
  • “Staf A telah menuduh saya dengan cara yang tidak beradab”
  • Gadis tersebut memohon pihak GSC agar memberi latihan supaya situasi ini tidak berlaku kepada sesiapa
  • Netizen turut menyokong dan memohon agar pekerja pawagam tersebut disiasat:

Sumber gambar: tangkapan layar dari Facebook

Mereka sekeluarga telah membeli tiket wayang Dr. Strange

Melalui kongsian tersebut, difahamkan bahawa pemilik akaun tersebut telah dimalukan berkali-kali oleh pekerja pawagam di Bintang Megamall Miri. Dia sekeluarga telah membeli tiket wayang Dr. Strange yang ditayangkan pada 8.40 malam semalam.

Awalnya kami masuk laluan ke hall sekitar jam 8.45pm, dirasakan terlambat, jadi kami berjalan cepat2. Agak mengejutkan tiba2 kami dijerit oleh Staf A (lelaki berkaca mata), “Bang!!!diamlah!!”.. oh ok, sorry. Kami pun bjalan perlahan.
Pemilik Facebook Kogi Minji

Tidak hanya itu, sekali lagi pekerja yang sama menghampiri mereka dan jerit “Bising bahh!”. Terkilan dengan perbuatan pekerja itu tetapi gadis tersebut hanya menerima dan memahami situasi tersebut.

Dituduh Curi-Curi Rakam Filem, Pelanggan Kesal Terima Layanan Buruk Pekerja Pawagam Di Miri
Dituduh Curi-Curi Rakam Filem, Pelanggan Kesal Terima Layanan Buruk Pekerja Pawagam Di Miri. Sumber gambar: Facebook

“Staf A telah menuduh saya dengan cara yang tidak beradab”

Sesudah sampai di dalam bilik tayangan tersebut, pekerja yang sama turut menuduh gadis tersebut telah merakam tayangan secara haram. Gadis tersebut jelaskan bahawa skrin yang ditayangkan itu tengah memaparkan iklan. Turut menjelaskan bahawa gambar yang diambil gadis tersebut hanyalah kotak popcorn.

“Staf A yg sama telah menuduh saya dgn cara yg tidak beradab. Bersuara tinggi, tegang, lantang dan sangat jelas menuduh saya atas kesalahan yg tidak sama sekali saya lakukan.“

Merasa tidak adil dengan apa yang dituduh pekerja tersebut, pihak kepada gadis tersebut meminta pekerja tersebut untuk bertanggungjawab sekiranya gadis tersebut berjaya membuktikan bahawa dia tidak merakam tayangan seperti yang dituduh, namun pekerja tersebut hanya berdiam diri dan berlalu pergi seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Dituduh Curi-Curi Rakam Filem, Pelanggan Kesal Terima Layanan Buruk Pekerja Pawagam Di Miri
Dituduh Curi-Curi Rakam Filem, Pelanggan Kesal Terima Layanan Buruk Pekerja Pawagam Di Miri

Gadis tersebut memohon pihak GSC agar memberi latihan supaya situasi ini tidak berlaku kepada sesiapa

Gadis tersebut juga menasihati dan memohon agar pihak bertanggungjawab untuk memberi latihan dan bimbingan kepada pekerja-pekerja mereka agar mereka lebih sopan dalam menegur, dan tidak cepat melenting ketika berdepan dengan pelanggan.

Netizen turut menyokong dan memohon agar pekerja pawagam tersebut disiasat:

Dituduh Curi-Curi Rakam Filem, Pelanggan Kesal Terima Layanan Buruk Pekerja Pawagam Di Miri

Dituduh Curi-Curi Rakam Filem, Pelanggan Kesal Terima Layanan Buruk Pekerja Pawagam Di Miri

Seeloknya pekerja hendaklah menegur dengan professional kepada pelanggan. Kalau anda berada dalam situasi yang dialami gadis tersebut, apa yang anda akan lakukan?

Tahukah anda, pada tahun ini sahaja terdapat banyak event yang menarik di Kuching ini! Nak tahu event apa? Jom klik artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Maggi Telur Ayam RM10 Satu, Netizen Terkejut Dengan Bil Kedai Makan Di Sabah Ini Maggi Telur Ayam RM10 Satu, Netizen Terkejut Dengan Bil Kedai Makan Di Sabah Ini
Next Article Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Sen Heng Jual Telefon Terpakai, Kenyataan Rasmi Pula Undang Kecaman

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?