• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Sen Heng Jual Telefon Terpakai, Kenyataan Rasmi Pula Undang Kecaman

Oleh
Ismail NA
10 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Kenyataan rasmi tersebut dikatakan seolah-olah menyalahkan pelanggan.

Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Sen Heng Jual Telefon Terpakai, Kenyataan Rasmi Pula Undang Kecaman. Kalau anda nak beli barang terutamanya barangan elektronik, mestilah teruja nak pakai yang baru, kan? Kalau nak beli yang terpakai, lama dah survey kat tempat yang memang jual barang terpakai.

Isi Isi Penting
  • Kenyataan rasmi tersebut dikatakan seolah-olah menyalahkan pelanggan.
  • Sen Heng jual telefon ‘second hand’?
  • Kenyataan rasmi Sen Heng undang kecaman netizen
  • “Sombongnya statement” – Netizen
  • Syarikat pengeluar telefon pintar turut keluarkan kenyataan
  • Sebut pasal gajet elektronik, kalau anda mempunyai Apple Watch, kini anda sudah boleh mengisi minyak Petronas dari jam anda sahaja! Baca selanjutnya di sini:

Tapi kalau dapat set terpakai di kedai elektronik terkemuka, tak best lah kan. Bukan apa, harga barangan baru kan lebih mahal daripada harga barangan terpakai.

Sen Heng jual telefon ‘second hand’?

Beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelanggan lelaki yang pergi ke salah sebuah cawangan kedai elektronik Sen Heng di ioi Puchong, Selangor dan mengamuk di situ. Pelanggan berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan servis Sen Heng yang dikatakan menjual telefon pintar terpakai, dan bukannya set baharu seperti yang dipromosikan.

Malah, tidak sampai beberapa hari selepas pembeliannya, telefon bimbit yang dibelinya juga gagal berfungsi dengan baik.

Hal tersebut menyebabkan lelaki berkenaan hilang sabar dan melempar telefon pintar tersebut ke atas lantai berkali-kali sambil disaksikan oleh pekerja kedai elektronik tersebut tanpa sepatah kata.

Posted by Ricky Teh on Friday, May 6, 2022

Bukan itu sahaja, hadiah percuma yang diperolehinya semasa pembelian juga turut dihempas ke lantai sambil lelaki tersebut memaki-maki servis kedai berkenaan.

Kenyataan rasmi Sen Heng undang kecaman netizen

Ekoran kejadian tersebut, Sen Heng telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menjelaskan tentang status telefon pintar berkenaan setelah menyiasat perkara tersebut dengan pengedar rasminya di negara ini.

Menerusi kenyataan tersebut, telefon pintar itu dikatakan asli dan bukannya set terpakai sebagaimana yang didakwa oleh pelanggan terbabit.

Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Sen Heng Jual Telefon Terpakai, Kenyataan Rasmi Pula Undang Kecaman
Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Sen Heng Jual Telefon Terpakai, Kenyataan Rasmi Pula Undang Kecaman. Sumber: FB SENHENG Malaysia

“Sombongnya statement” – Netizen

Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi yang dikeluarkan dalam 3 bahasa tersebut menerima kecaman hebat pula daripada netizen yang mengatakan bahawa syarikat penjual barangan elektronik terbabit bertindak biadap kerana tidak mengeluarkan permohonan maaf kepada pelanggan.

Lebih memburukkan keadaan, kenyataan rasmi mereka dimulakan dengan frasa ‘Yes Hello’ yang kedengaran agak kasar ditujukan buat pemegang taruh utama mereka iaitu para pelanggan.

Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Sen Heng Jual Telefon Terpakai, Kenyataan Rasmi Pula Undang Kecaman
Sumber: FB SENHENG Malaysia
Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Sen Heng Jual Telefon Terpakai, Kenyataan Rasmi Pula Undang Kecaman
Sumber: FB SENHENG Malaysia

Syarikat pengeluar telefon pintar turut keluarkan kenyataan

Syarikat pengeluar telefon pintar yang dibeli oleh pelanggan berkenaan juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi dan menjelaskan kepada orang awam bahawa satu pertemuan telah diadakan bersama pelanggan berkenaan.

Walau bagaimanapun, syarikat pengeluar berkenaan mengakui terdapat salah faham di antara pelanggan tersebut dan bahagian khidmat pelanggan sehingga menyebabkan masalah berlarutan sehingga ke cawangan fizikal kedai Sen Heng. Syarikat ini juga menyatakan permohonan maaf kepada pelanggan terbabit.

Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Sen Heng Jual Telefon Terpakai, Kenyataan Rasmi Pula Undang Kecaman

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Adakah pelanggan tersebut melakukan perkara yang betul sebagai seorang pelanggan atau adakah pihak penjual dan pengedar juga telah melakukan perkara yang sewajarnya?

Sebut pasal gajet elektronik, kalau anda mempunyai Apple Watch, kini anda sudah boleh mengisi minyak Petronas dari jam anda sahaja! Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dituduh Rakam Tayangan Di Panggung Wayang, Gadis Ini Luah Rasa Kecewa Terhadap Tindakan Pekerja Ini Di Miri Dituduh Curi-Curi Rakam Filem, Pelanggan Kesal Terima Layanan Buruk Pekerja Pawagam Di Miri
Next Article Pekerja J&T Serang Lelaki Tak Siuman Guna Mercun Di Bandar Baru Samariang, Kini Tampil Minta Maaf

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?