• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] Seorang Pelajar Di Kota Kinabalu Dibelasah Ramai-Ramai, Netizen Gesa Tindakan Dibuat

Oleh
ILB - AI
18 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
[VIDEO] Seorang Pelajar Di Kota Kinabalu Dibelasah Ramai-Ramai, Netizen Gesa Tindakan Dibuat

Sebuah video menunjukkan seorang pelajar sekolah dibelasah ramai-ramai menjadi tular di media sosial

[VIDEO] Seorang Pelajar Di Kota Kinabalu Dibelasah Ramai-Ramai, Netizen Gesa Tindakan Dibuat. Sedih untuk diakui, amalan membuli masih berleluasa di sekolah walaupun inisiatif telah diwujudkan untuk membendung masalah ini.

Baru-baru ini, sebuah video menunjukkan seorang pelajar dibelasah oleh sekumpulan pelajar tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen, yang menggesa tindakan perlu diambil terhadap individu yang bertanggungjawab memukul pelajar terbabit.

[VIDEO] Seorang Pelajar Di Kota Kinabalu Dibelasah Ramai-Ramai, Netizen Gesa Tindakan Dibuat

Pelajar terbabit merupakan seorang pelajar SM La Salle, Kota Kinabalu

Dalam video yang dikongsi di Twitter oleh @InspEdmundReid, sekumpulan pelajar dilihat memukul dan membelasah seorang pelajar keseorangan.

Dalam video berdurasi 23 saat itu, pelajar malang terbabit dilihat ditumbuk dan ditendang tanpa belas kasihan oleh pelajar lain meskipun berusaha untuk mempertahankan diri.

Menurut pengguna terbabit, kejadian berlaku di SM La Salle, sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Dipercayai para pembuli yang membelasah pelajar tersebut juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.

Kredit: Twitter
Kredit: Twitter

Netizen menggesa tindakan dibuat

Rata-rata netizen bersimpati dengan mangsa buli itu dan meluahkan rasa marah mereka terhadap pembuli mangsa. Malah, ada juga yang bertanya di manakah guru atau guru disiplin untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap kumpulan pembuli terbabit.

Kebanyakan netizen menyuarakan bahawa tindakan perlu diambil terhadap kumpulan pembuli berkenaan dengan membuat laporan kepada pengetua sekolah untuk mengambil tindakan tegas, serta ibu bapa mangsa yang dibuli untuk membuat laporan polis.

Kredit: Twitter
Kredit: Twitter
Kredit: Twitter

Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:

https://twitter.com/InspEdmundReid/status/1615364212330749954

Semoga pihak yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap kumpulan buli ini dan perkara seperti ini tidak berulang lagi kerana ia boleh mengundang kecederaan serius. Seharusnya, kesedaran tentang amalan membuli ini harus dibuat agar para pelajar tahu akibat daripada tindakan mereka jika undang-undang terlibat.

Lagi di sini:

Taraf Tidak Seperti Antarabangsa, Individu Ini Luah Kecewa Keadaan Kuching International Airport
Taraf Tidak Seperti Antarabangsa, Individu Ini Luah Kecewa Keadaan Kuching International Airport
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Taraf Tidak Seperti Antarabangsa, Individu Ini Luah Kecewa Keadaan Kuching International Airport Taraf Tidak Seperti Antarabangsa, Individu Ini Luah Kecewa Keadaan Kuching International Airport
Next Article Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?