I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY

Oleh Nur Afifah 10 Ogos 2022
Kongsi
8 Min Bacaan

Cipta sejarah di Hollywood

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY. Hollywood merupakan impian dan cita-cita setiap anak seni di dunia tanpa mengira cabang dan bidang. Seperti semua sedia maklum, Hollywood merupakan pusat aktiviti seni yang menyediakan peluang besar untuk karya mereka dikenali di persada antarabangsa.

Terbaharu, seorang gadis jati Kuching, Sarawak telah mencipta sejarah apabila berjaya menempatkan filem dokumentarinya dalam senarai pencalonan Anugerah EMMY, anugerah televisyen Amerika Syarikat yang sama berprestij seperti Oscars, Grammy dan Tony.

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY
Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY

Cheyenne Tan telah berjaya membawa dokumentarinya yang bertajuk Shelter menembusi senarai pencalonan tersebut, sebaris dengan filem terkenal Korea, ‘Squid Game’, drama popular Netflix ‘Stranger Things’, drama ‘Euphoria’ dan banyak lagi.

Kerjaya jadi filmmaker – Cheyenne bermula dengan mengasah bakat terpendam

Cheyenne Tan merupakan seorang pembikin filem yang lahir dan dibesarkan di Kuching, Sarawak. Beliau menuntut di SMK St. Mary, Kuching dan kemudiannya menuntut pengajian dalam program ijazah sarjana muda berkembar di Nilai University dan sekolah perfileman di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Laluannya ke dunia Hollywood juga dirintis melalui zaman belajarnya. Sewaktu tahun akhir pengajiannya di Amerika Syarikat, Cheyenne menyedari bahawa dirinya memiliki minat yang serius dalam bidang perfileman dan membuat keputusan untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjayanya.

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY
Gambar ihsan Cheyenne Tan

Beliau kemudiannya mengambil inisiatif untuk belajar lebih mendalam tentang filem di Columbia College Hollywood, LA, kolej filem yang turut dihadiri oleh artis CGI/VFX filem Avatar, Alan Rosenfield. Daripada situ, beliau mengasah bakat semulajadinya dalam seni seni suntingan, penerbitan dan pengarahan dokumentari. Gadis ini berjaya bergraduat dengan 2 tesis filem dokumentari dan menjadi mahasiswa paling cemerlang di kelasnya.

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY
Cheyenne Tan terpapar di laman Columbia College Hollywood, LA.

Susulan pencapaian cemerlangnya itu, beliau terus memulakan kerjayanya di Hollywood sebagai pembantu pembikin filem dokumentari. Kini, Cheyenne bekerja sebagai penerbit dan eksekutif kreatif di Meralta Films, sebuah syarikat penerbitan Hollywood yang diterajui oleh kaum wanita.

Cheyenne juga bermula dari kosong. Meskipun tidak memiliki pengalaman dalam bidang pembikinan filem sebelum ini, gadis ini berusaha untuk menambah ilmu pengetahuannya dan mencungkil sendiri kemahiran perfileman sehingga berjaya menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

Gadis Kuching yang suka ‘bercerita’

Mengakui bahawa bakat storytelling sememangnya sebati dalam diri sejak dari kecil lagi, Cheyenne ingin menggunakan kelebihan ini sebagai cara untuk mengajak orang ramai berfikir tentang kehidupan yang ada di sekeliling mereka. Bahkan, medium seperti filem dan gambar bergerak sangat berkesan untuk menyampaikan mesej menerusi penceritaan dari sudut yang pelbagai.

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY
Sumber: IG Cheyenne Tan

Bercerita tentang penglibatannya dalam dokumentari pendek ‘Shelter‘ yang tercalon dalam Anugerah EMMY, dokumentari ini diterbitkan sewaktu tempoh berkurung pandemik di bawah Sesame Workshop dan HBO Max. Cheyenne bertindak selaku penerbit bersama dan penolong suntingan.

Ceritanya lanjut, mereka hanya sebuah pasukan kecil yang terpaksa mengecilkan lagi jumlah kru bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua individu yang terlibat sentiasa terjaga memandangkan pandemik masih lagi memuncak pada ketika itu.

Semasa proses pemfileman dokumentari ini, mereka semua mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topi berlapis. Cheyenne juga turut terlibat dalam proses suntingan bagi memastikan footage teratur, disandar (back-up), dan disunting dengan lancar.

Bangun kerja seawal 3 pagi, Cheyenne bangga dapat peluang tonjol karya di Amerika

Semasa diumumkan sebagai calon untuk EMMY Awards, Cheyenne memberitahu bahawa tiada kata-kata yang dapat menjelaskan keterujaan dan rasa bangganya. Ini menunjukkan hasil kerja keras bersama pasukan kecilnya dipandang dan diberi perhatian oleh komuniti pembikin filem dan penonton di Amerika. Jelas Cheyenne lanjut, memenangi anugerah bukanlah tujuan utamanya membuat filem, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk menyampaikan cerita yang penting untuk diketahui kepada khalayak ramai.

Pengiktirafan sebegini membuka peluang yang lebih luas kepada kami untuk terus bercerita, berkarya dan mengangkat kisah nyata kehidupan manusia,”

Cheyenne Tan kepada ILOVEBORNEO

Memandangkan kini beliau berpangkalan di Kuching, waktu kerja Cheyenne juga agak janggal iaitu sekitar jam 3 pagi, di mana LA pada jam ini sudah menghampiri waktu tengah hari. Namun, waktu kerja yang mencabar ini tidak memudarkan minat Cheyenne terhadap kerjaya perfilemannya yang kian mekar.

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY
Cheyenne sewaktu menghadiri majlis anugerah Oscars untuk dokumentari St. Louis Superman. Kredit foto: Cesar Alvarez via Cheyenne Tan

Shelter, buah tangan Cheyenne yang layak ke EMMY Award 2022

Shelter ini merupakan salah sebuah episod dokumentari dalam siri Through Our Eyes, yang menceritakan tentang kehidupan 3 orang kanak-kanak dan keluarganya yang bergelut krisis perumahan di LA. Meskipun kehidupan mereka berdepan masa depan yang tidak menentu, dokumentari ini juga mengisahkan tentang bagaimana kasih sayang dan semangat tidak pernah luntur untuk terus mengejar mimpi dan cita-cita.

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY

Shelter yang diterbitkan bersama oleh Cheyenne dan Maya Gnyp ini telah memenangi Audience Awards for the Best Short Documentary di Festival Filem AFI Docs 2021, dan ditayangkan di saluran HBO Max pada Julai 2021. Sejak itu, dokumentari verité ini mendapat pelbagai pengiktirafan seperti pencalonan untuk NAACP Image Awards for Outstanding Short-Form Series or Special – Reality/Nonfiction.

Terkini, buah tangan Cheyenne ini telah diumumkan sebagai calon untuk Anugerah Televisyen Berprestij Amerika Syarikat, EMMY Awards 2022 dalam kategori Outstanding Short Documentary – News and Documentary.

Ini bukanlah pencapaian tunggal gadis Kuching ini. Cheyenne juga sebelum ini pernah menerbitkan bersama filem dokumentari pendek yang berjaya tercalon untuk Anugerah Oscars pada tahun 2020 iaitu St. Louis Superman.

Jalani hidup anda dengan cerita yang anda bina sendiri – Cheyenne

Sebagai pembikin filem yang berjaya menempah nama di Hollywood, Cheyenne juga sempat menitipkan pesanan buat anak muda di luar sana agar hidup dengan cara sendiri serta membina sendiri cerita hidup tanpa perlu memberitahu kepada semua orang.

Sebagai manusia, sudah menjadi lumrah untuk kita menyukai cerita – sama ada cerita sebelum tidur sewaktu kita masih kecil, mahupun gosip dari jiran sebelah, berita yang kita baca dan sebagainya. Hidup ini tidak semestinya berjalan dengan jalan cerita yang sama, kita berhak mencoraknya dengan pelbagai peristiwa dan hobi. Seni dan penceritaanlah yang mewarnakan kehidupan, di mana dengan cerita yang penting dan berkesan, ianya dapat mengubah pemikiran manusia.

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY
Cheyenne Tan. Kredit: IG @ericthehand

Tahniah Cheyenne Tan dan selamat maju jaya kami ucapkan!

Baca juga artikel tentang pencalonan karya Cheyenne Tan, St. Luois Superman pada Anugerah Oscar 2020 yang lalu:

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Terpilih Sebagai Calon Akhir Anugerah Oscars

Bakat seni anak jati Kuching sememangnya tidak dapat disangkal di Hollywood. Alvin Wee juga salah seorang anak seni yang berjaya di sana:

Anak Sarawak Pengadun Lagu Disney Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Rangkul Anugerah Hollywood
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa
Next Article Tiada Lagi Mulai 1 Oktober, Facebook Bakal Tutup Live Shopping Feature Tiada Lagi Mulai 1 Oktober, Facebook Bakal Tutup Live Shopping Feature

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?