• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Drama Muzikal Putri Santubong, The Princess Warrior Bakal Ditayangkan Mulai 11 Disember Ini

Oleh
Husna Hazmi
2 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Anda dah boleh dapatkan tiket sekarang!

Drama Muzikal Putri Santubong, The Princess Warrior Bakal Ditayangkan Mulai 11 Disember Ini. Berita baik buat peminat drama muzikal dan juga buat anda yang ingin mencari hiburan tontonan pada 11 dan 12 Disember ini. Pementasan drama muzikal Putri Santubong – The Warrior Princess mengajak anda untuk turut menghayati legenda klasik yang bakal menjadi nyata dengan pementasan berteknologi 3D.

Isi Isi Penting
  • Anda dah boleh dapatkan tiket sekarang!
  • Pelakon tanah air terkenal, Maya Karin sebagai Putri Santubong
  • Bersiaran langsung pada 11 dan 12 Disember 2021
  • Tiket adalah terhad
Drama Muzikal Putri Santubong, The Princess Warrior Bakal Ditayangkan Mulai 11 Disember Ini
Drama Muzikal Putri Santubong, The Princess Warrior Bakal Ditayangkan Mulai 11 Disember Ini. Kredit gambar:@PutriSantubongMusical 

Pelakon tanah air terkenal, Maya Karin sebagai Putri Santubong

Siapalah yang tidak tahu dengan kisah legenda Puteri Santubong ini, yang sememangnya tidak asing dan sudah termaktub dalam legenda Sarawak. Karya yang mengagumkan ini mengisahkan tentang cinta yang tidak terbalas, semangat, pengorbanan, dan dendam. Drama ini juga disempurnakan dengan latar belakang Gunung Santubong yang indah lagi penuh hikayat. Menarik bukan?

Kisah legenda yang diungkapkan melalui rangkaian lagu dan tarian oleh barisan pelakon tanah air yang terkenal seperti Maya Karin sebagai Putri Santubong, Azrel Ismail, Soffi Jikan, Dewi Seriestha dan Anding Indrawani, pasti akan menjanjikan pengalaman drama muzikal 3D di alam maya yang terbaik buat anda.

Drama Muzikal Putri Santubong, The Princess Warrior Bakal Ditayangkan Mulai 11 Disember Ini
Kredit gambar:@PutriSantubongMusical 

Bersiaran langsung pada 11 dan 12 Disember 2021

Putri Santubong – The Warrior Princess ini akan bersiaran langsung pada 11 dan 12 Disember 2021 di putrisantubong.com dengan harga RM 20.00 untuk setiap tontonan. Anda bolehlah melayari laman web rasmi putrisantubong.com untuk info lebih lanjut. Pautan untuk membeli pas tiket adalah https://putrisantubong.com/ticket-pass/. Anda sudah semestinya tidak mahu melepaskan peluang ini dan segera membeli tiket anda.

Satu pas tiket hanya sah untuk satu hari, iaitu pada 11 atau 12 Disember 2021. Waktu tayangan akan bermula dari jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.

Setelah membeli tiket, anda akan menerima emel dngan laman web untuk menonton persembahan, atau sebagai alternatif untuk log masuk ke laman web putrisantubong.com untuk mempunyai laman web tersebut.

Tiket adalah terhad

Jika anda ingin menonton drama musical yang dinantikan ini secara live, anda boleh juga menempah tiket terhad disertakan dengan makan malam dan Live show pass untuk drama Putri Santubong – The Warrior Princess ini.

Terdapat dua jenis tiket yang boleh didapati iaitu:

  • RM 200 (middle area)– terhad kepada 50 tempat duduk sahaja
  • RM 150 (side area) – terhad kepada 150 tempat duduk sahaja

Tiket ini merangkumi makan malam di Restaurant Budaya pada jam 7.00 – 8.30 malam dan diikuti Live Show drama muzikal yang dinantikan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Grace https://wa.me/60126707192 atau Arnida https://wa.me/60143052306

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya 15 Minit Menggunakan Bot, Ulu Bengoh Dam Hiking Trail Sesuai Untuk Beginner Hanya 15 Minit Menggunakan Bot, Ulu Bengoh Dam Hiking Trail Sesuai Untuk Beginner
Next Article Kena Scam Di Aplikasi Tempahan Di Sebuah Apartment Di Vivacity Jazzsuite, Wanita Sri Aman Ini Kongsi Luahan Kecewa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?