• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Beradik Dijatuhkan Hukuman Mati Atas Kesalahan Bunuh Warga Indo Di Samarahan

Oleh
Ismail NA
26 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ketiga-tiga tertuduh berusia di antara 21 dan 26 tahun.

Mahkamah Tinggi Kuching semalam menjatuhkan hukuman mati kepada tiga individu lelaki tempatan setelah mereka didapati bersalah membunuh seorang lelaki Indonesia pada tahun 2019.

Hukuman tersebut dijatuhkan terhadap dua beradik, Raymondson Ding Tuba, 26 tahun dan Keithson Imang Tuba yang baru berusia 21 tahun. Seorang lagi individu yang turut dijatuhkan hukuman yang sama adalah Ryan Mccalister Raedy yang berusia 21 tahun.

Dua Beradik Dijatuhkan Hukuman Mati Atas Kesalahan Bunuh Warga Indo Di Samarahan
Dua Beradik Dijatuhkan Hukuman Mati Atas Kesalahan Bunuh Warga Indo Di Samarahan

Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah manakala kenyataan tertuduh tidak dapat dipercayai.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, di mana ia membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Minum, gaduh dan bunuh.

Pada 15 Julai 2019 sekitar jam 1.50 pagi sehingga 7.30 pagi, Raymondson, Keithson dan Ryan didakwa sememangnya berniat membunuh seorang warga Indonesia yang bernama Damian Wati yang pada ketika itu berusia 20 tahun di luar pekarangan Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak, Kota Samarahan.

Dua Beradik Dijatuhkan Hukuman Mati Atas Kesalahan Bunuh Warga Indo Di Samarahan

Kesemua mereka termasuk si mati sedang minum bersama sebelum berlaku pergaduhan akibat beberapa siri provokasi yang tercetus. Mayat Damian kemudiannya dijumpai di dalam parit berhampiran dalam keadaan tangan terikat.

Hukuman disabitkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Alexander Siew How Wai manakala pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya, Yong Suk Hui. Ketiga-tiga tertuduh diwakili oleh Roy Gingkoi dan peguam, Timothy Finlayson.

Baca lagi kisah pembunuhan kejam di sini:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Muzium Negeri Sarawak Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Dalam Tempoh 2 Tahun Lagi
Next Article Ingin Nak 'KLMJ' Muzik Emo Dan Pop Punk? Jom Meriahkan Gig 'Black Parade' 30 Julai Ini! Ingin Nak ‘KLMJ’ Muzik Emo Dan Pop Punk? Jom Meriahkan Gig ‘Black Parade’ 30 Julai Ini!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?