• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rusuhan Di Restoran Matang Akibatkan 1 Kematian, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh

Oleh
Nazihah AN
26 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Rusuhan Di Restoran Matang Akibatkan 1 Kematian, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh

Mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya

Rusuhan Di Restoran Matang Akibatkan 1 Kematian, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh. Sebelum ini dilaporkan tujuh lelaki telah ditahan polis berhubung serangan bersenjata ke atas seorang remaja dan rakan-rakannya di sebuah restoran di Matang.

Isi Isi Penting
  • Mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya
  • Mangsa sudah berkahwin dan mempunyai anak
  • Dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap pengagihan hasil perniagaan.
  • Selain itu, telah tular bahawa enam warga Sarawak telah menjadi mangsa tipu sindiket pekerjaan di Kemboja. Baca selanjutnya di artikel di bawah:

Menurut perkongsian di Facebook, dilaporkan bahawa kes rusuhan yang berlaku di sebuah kedai di Matang telah diklasifikan oleh pihak polis selepas seorang daripada mangsa yang cedera telah meninggal dunia.

Rusuhan Di Restoran Matang Akibatkan 1 Kematian, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh
Rusuhan Di Restoran Matang Akibatkan 1 Kematian, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh. Sumber gambar: FB Polis IPD Padawan

Mangsa sudah berkahwin dan mempunyai anak

Mangsa tersebut dikenali sebagai Goh, 30 tahun telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira jam 10 malam tadi (Isnin).

Mangsa sudah berkahwin dan mempunyai anak, telah mengalami cedera parah apabila sekumpulan lelaki menyerang sebuah restoran di Matang yang berlaku pada 16 April yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad telah mengesahkan kes itu dan diklasifikasikan semula sebagai pembunuhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, hukuman mati mandatori boleh dikenakan.

Rusuhan Di Restoran Matang Akibatkan 1 Kematian, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh
Sumber gambar: FB Polis IPD Padawan

Rusuhan Di Restoran Matang Akibatkan 1 Kematian, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh
Sumber gambar: FB Polis IPD Padawan

Dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap pengagihan hasil perniagaan.

Setakat ini, 16 suspek berusia antara 19 dan 45 tahun telah ditahan dan direman dalam tahanan. Sebelum ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai jenayah rusuhan di bawah Seksyen 148 Kanun Jenayah.

Menurut laporan, Goh bersama seorang lagi mangsa lelaki berusia 40-an, telah cedera dalam kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap pengagihan hasil perniagaan.

Selain itu, telah tular bahawa enam warga Sarawak telah menjadi mangsa tipu sindiket pekerjaan di Kemboja. Baca selanjutnya di artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Individu Di Sabah Dilaporkan Memenangi Hadiah ‘Jackpot’ Sports Toto Sebanyak RM 13 Juta
Next Article Hampir 2 Jam Berlapar, Wanita Ini Kecewa Dulang Makanan Buffet Di Hotel Miri Dibiar Kosong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?