• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Komuniti Global

Oleh
Farisha
31 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Dua pelajar KV Keningau menang anugerah YOUTHMADE Festival Community Awards

Dua Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Komuniti Global. Dua orang pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, berjaya dipilih sebagai pemenang YOUTHMADE Festival Community Awards yang dianugerahkan kepada 11 pelajar yang dipilih daripada 49 pencalonan dari seluruh dunia.

Pemilihan penerima anugerah tersebut yang diberikan oleh Digital Promise, sebuah organisasi pendidikan berpangkal di Amerika Syarikat, adalah berdasarkan inisiatif komuniti setiap calon yang dinilai.

Dua Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Komuniti Global
Dua Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Komuniti Global

Siti Nur Hanisah Omar Hashim telah menerima anugerah Most Promising Young Social Entrepreneur manakala Caleb Evander Danius diiktiraf sebagai Most Outstanding Community Project Leader.

Para pemenang berasal dari negara Brazil, India, Indonesia, Kenya, Nigeria, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Malaysia

Senarai nama kesemua 11 pemenang tersebut beserta penerangan sumbangan mereka telah diumumkan secara rasmi di laman sesawang penganjur pada 29 Mei 2024. Para pemenang tersebut berasal dari negara Brazil, India, Indonesia, Kenya, Nigeria, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Nur Hanisah Omar adalah pelajar tahun keempat Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang telah berjaya mengasas projek sosial berimpak iaitu Mearpet yang mengitar semula pakaian dan anak patung terpakai menjadi boneka yang digunakan untuk mendidik dan menghibur kanak-kanak.

Projek ini diiktiraf sebagai 10 projek terbaik YSUP

Projek ini telah berjaya mendapat beberapa anugerah termasuklah naib johan pertandingan Pitchbah dengan memenangi RM3000 pada tahun 2023 dan diiktiraf menjadi 10 projek terbaik pertandingan Youth Sustainable Projects (YSUP) peringkat Asia Tenggara pada tahun yang sama.

Dia diberikan anugerah tersebut atas usahanya memperkembangkan projek sosial itu sebagai satu perniagaan yang berimpak kepada komuniti. Caleb Evander Danius adalah pelajar tahun akhir Teknologi Pembinaan dan dia menerima pengiktirafan anugerah dalam bidang kepimpinan projek komuniti kerana penglibatannya dalam kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara bangunan sekolah di sekitar Keningau.

Dia juga telah menulis artikel berkenaan dengan peranan kesukarelawanan belia dalam masyarakat yang telah diterbitkan di majalah ternama keluaran Sabah iaitu the Breeze pada April 2024.

Kedua-dua pelajar ini menjadikan pencapaian ini sebagai pendorong bagi mereka untuk terus memajukan inisiatif mereka masing-masing kerana mereka yakin ianya dapat membantu mereka meningkatkan prospek masa hadapan sambil membantu komuniti.

Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada dua orang pelajar ini yang merupakan antara pelajar terbaik kolej tersebut dan berharap agar pencapaian ini dapat meningkatkan motivasi para pelajar yang lain agar terus memberikan yang terbaik dalam apa juga bidang yang mereka ceburi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dewi Perumal Oddiar, Sumandak Sabah Pertama Dinobat Miss Borneo MYAirline 2023
Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Mengapa Sabah Dan Sarawak Dikecualikan Daripada Penyasaran Subsidi Diesel Ini Sebab Mengapa Sabah Dan Sarawak Dikecualikan Daripada Penyasaran Subsidi Diesel
Next Article https://careta.my/article/ribuan-terkandas-di-terminal-feri-labuan-berikutan-lonjakan-permintaan Ribuan Penumpang Terkandas Di Terminal Feri Labuan Untuk Balik Kampung Halaman

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?