• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Ginger Beer Tanpa Alkohol

Oleh
Ismail NA
5 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Jenama ini sudah memasuki pasaraya terkenal di Kuala Lumpur!

Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Ginger Beer Tanpa Alkohol. Daerah Tambunan di Sabah terkenal sebagai pusat tanaman halia yang terbesar di Sabah. Halia Tambunan mempunyai aroma dan keunikannya yang tersendiri sehinggakan halia di sana digelar sebagai Halia Tambunan atau Halia Sabah.

Menyedari keunikan dan manfaat halia Tambunan ini, seorang lelaki yang juga merupakan anak jati Sabah telah mendapat inspirasi untuk memanfaatkan sumber pertanian di Sabah menjadi sebuah jenama minuman. Siapa sangka halia Tambunan boleh dijadikan bahan utama untuk minuman ginger beer, kan?

Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Ginger Beer Tanpa Alkohol
Bulatan Tambunan dengan mercu tanda halia yang menjadi kebanggan mereka.

Menurut James Wong, pengasas jenama UINAH, produk-produk pertanian mentah di Malaysia dan terutamanya produk di Sabah, dieksport ke negara luar namun ia kemudiannya dijual semula ke negara ini setelah diproses menjadi produk lain seperti makanan, perabot dan sebagainya.

Malah, ia dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Jenama UINAH inspirasi dari Ginger Beer Eropah, beli halia terus dari peladang Sabah tanpa khidmat orang tengah

Terinspirasi daripada minuman ginger beer yang disukainya semasa berada di New Zealand, James dan rakannya, Matthias Liew, mengambil keputusan untuk mengolah resepi ginger beer sendiri pada tahun 2017 sehingga membina sebuah jenama minuman tempatan iaitu UINAH yang membawa maksud ekspresi ‘Wow!’ atau kekaguman terhadap sesuatu.

Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Ginger Beer Tanpa Alkohol
Pengasas UINAH, Matthias dan James.

Jenama UINAH ini bukan sekadar jenama biasa milik anak tempatan. Jenama UINAH ini mempunyai matlamat untuk memperkasakan peladang di Sabah dengan cara membeli terus sumber bahan mentah tanpa khidmat pemborong dan orang tengah. Malah, mereka membeli bahan mentah ini dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran biasa.

Dengan cara itu, UINAH dapat mengekalkan konsistensi dan kualiti produknya selain membantu meningkatkan kehidupan peladang secara langsung.

Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Ginger Beer Tanpa Alkohol

Untuk pengetahuan anda, minuman Ginger Land UINAH ini dihasilkan dengan cara fermentasi iaitu tindak balas antara ragi semulajadi yang terdapat pada kulit halia dan gula. Minuman ini mempunyai rasa bergas, sedikit pedas dan mempunyai khasiat seperti memanaskan badan serta meredakan loya dan ketidakhadaman (nausea).

Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Ginger Beer Tanpa Alkohol
Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Ginger Beer Tanpa Alkohol

Formulasi tanpa alkohol, UINAH mengumumkan produknya disahkan halal pada Mac 2021

Lebih menarik, minuman ini sudah mendapat persijilan halal bagi memastikan ianya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Bagi mencapai tujuan tersebut, mereka telah berpindah ke kilang baharu bagi memastikan formulasi baharu minuman UINAH tidak mengandungi sebarang kandungan alkohol.

View this post on Instagram

A post shared by UINAH Premium Craft Beverages (@uinahbeverages)

Malah menurut James, beliau lebih menyukai rasa minuman UINAH versi tanpa alkohol ini!

Usaha penyelidikan dan pembangunan yang mengambil masa setahun ini dijamin tidak akan mengubah rasa asal minuman UINAH yang kaya dan beraroma.

Bukan itu sahaja, minuman ini tidak mengandungi sebarang penambah perasa, bahan pengawet dan pewarna tambahan. UINAH kini tersedia dalam 5 perisa iaitu Ginger Land, Roselle Paradise, Honey Meadow, Lime Forest, dan Pomelo Spring.

Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Ginger Beer Tanpa Alkohol

Boleh didapati di Shopee, Lazada

Sebotol minuman UINAH ini mengandungi sebanyak 330 ml dan dijual dalam pembungkusan secara 4 botol.

Bagi anda yang ingin merasai sendiri keunikan minuman UINAH ini, anda boleh mendapatkannya melalui platform Shopee, Lazada, Grabmart, Foodpanda atau jika anda berada di Sabah atau Semenanjung, anda boleh dapatkannya di pasaraya besar seperti Jaya Grocer, Village Grocer, dan Bataras.

Memang siuk UINAH ni! Cubalah sekali, pasti nak lagi. #Sapotlokal

Baca juga artikel menarik tentang apa yang unik di Sabah:

Ini Rupanya Sebab Mengapa Kopi Tenom Lebih ‘Kaw’ Dari Kopi Yang Anda Pernah Minum
Guna Mesin Jahit ‘Butterfly’ Saja, Kenali Tukang Jahit Lelaki Di Pasar Filipina, Kota Kinabalu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih Kurang 30 Ekor ‘Babi Berjanggut Borneo’ Ditemui Mati Secara Misteri
Next Article Kecoh Lelaki Pecah Pintu Kaca Bank, Dakwa Suara Halus Punca Kelakuannya Kecoh Lelaki Pecah Pintu Kaca Bank, Dakwa Suara Halus Punca Kelakuannya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?