• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen

Oleh
Nazihah AN
6 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen

Kejadian tersebut telah berlaku di Jalan Baki Serian, semalam.

Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen. Kejadian rempuhan tersebut telah mengundang ramai perdebatan netizen di media sosial.

Menerusi rakaman dashcam netizen yang tular di Facebook, sebuah kenderaan Myvi memecut laju ke bahu jalan hingga menyebabkan kemalangan terhadap dua pejalan kaki. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Baki, Serian sekitar jam 8 pagi semalam.

Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen
Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen. Tangkapan layar dari FB Rose Bong

Kenderaan tersebut sempat hon beberapa kali sebelum merempuh mangsa

Dalam video tersebut, dua orang wanita sedang melintas jalan dari tempat perhentian bas untuk ke seberang di Jalan Kuching- Serian lalu dirempuh oleh kenderaan Myvi setelah dihon beberapa kali.

Difahamkan bahawa kenderaan di hadapan Myvi tersebut telah berhenti secara mengejut lalu masuk ke jalan kiri untuk mengelak pejalan kaki tersebut. Dan manakala kenderaan Myvi tersebut yang tidak sempat menekan brake lalu tergelongsor di bahu jalan dan telah merempuh dua orang wanita tersebut.

Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen
Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen. Tangkapan layar dari FB Rose Bong

Netizen berdebat di ruangan komen

Lebih parah, kedua-dua pejalan kaki yang dilanggar tersebut sempat melayang dan berlipat di udara.

Pemilik dashcam yang dikenali sebagai Rose Bong di Facebook turut menyertakan rakaman dashcam di belakang keretanya. Kongsian tersebut telah mengundang perdebatan netizen dengan menyatakan pihak mana yang salah dalam kejadian ini.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa pejalan kaki tersebut yang salah kerana tidak tengok kiri kanan dan ‘terkedek-kedek’ sedangkan kenderaan laju di kawasan tersebut.

Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen
Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen. Tangkapan layar dari FB Rose Bong
Tangkapan layar dari FB Rose Bong
Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen
Tangkapan layar dari FB Rose Bong
Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen
Tangkapan layar dari FB Rose Bong

Menurut Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis, kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan perubatan oleh pemandu sendiri dan diberi rawatan pesakit luar.

Kadang kala, walaupun anda sudah cukup berhati-hati di jalan raya, kemalangan tetap boleh berlaku ke atas diri kita disebabkan oleh kecuaian pengguna yang lain di jalan raya. Oleh itu, berhati-hatilah di jalan raya.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengundi Kali Pertama, Ini Yang Anda Perlu Tahu Dan Sediakan Untuk Mengundi Pengundi Kali Pertama, Ini Yang Anda Perlu Tahu Dan Sediakan Untuk Mengundi
Next Article Hanya Di Sarawak, Individu Kongsi Keharmonian Penyokong Parti Politik Dalam Kedai Makan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?