• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Di Sarawak, Individu Kongsi Keharmonian Penyokong Parti Politik Dalam Kedai Makan

Oleh
ILB - AI
6 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Persahabatan antara merah dan biru cair

Hanya Di Sarawak, Individu Kongsi Keharmonian Penyokong Parti Politik Dalam Kedai Makan. Setiap kali musim mengundi tiba, pasti kita akan lihat di media sosial para penyokong parti masing-masing akan membuat provokasi bahkan bertelagah disebabkan berbeza fahaman politik.

Tular di laman TikTok menerusi satu hantaran oleh pengguna @azlan_lan94 memaparkan penyokong parti di Sarawak bersantai di kedai makan bersama-sama walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza.

Hanya Di Sarawak, Individu Kongsi Keharmonian Penyokong Parti Politik  Dalam Kedai Makan
Hanya Di Sarawak, Individu Kongsi Keharmonian Penyokong Parti Politik Dalam Kedai Makan. Kredit foto: Berita Harian

Realiti di Sarawak

Menerusi rakaman video tersebut, dapat dilihat kemesraan yang ditonjolkan antara penyokong parti dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Pakatan Harapan (PH).

Di Sarawak, sudah lazim untuk kita lihat dalam kedai makan terdapat pelbagai jenis kaum duduk mengopi bersama, namun apa yang membuatkan ia ‘rare’ apabila penyokong parti pembangkang dan juga kerajaan boleh duduk satu meja tanpa bermasam muka.

@azlan_lan94

Only in sarawak..😁😁😁

♬ Panji Keadilan – Panji Keadilan

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen amat memuji sikap penyokong-penyokong parti ini kerana masih mengamalkan keharmonian walaupun mempunyai ideologi yang berbeza dalam politik.

Walaupun situasi sebegini di mana penyokong parti yang berbeza dapat bersantai bersama dalam satu kedai makan hanya boleh dilihat sekali dalam lima tahun, hakikatnya rakyat Sarawak sememangnya mengamalkan keharmonian dan lebih gemar untuk menjauhi kebencian.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Walaupun rakyat mempunyai fahaman politik yang berbeza, keharmonian dalam masyarakat haruslah dijaga supaya tidak berpecah belah dek kerana manifesto pemimpin yang hanya manis di mulut.

Justeru, pilihlah pemimpin yang berwibawa, salah pilih rosaklah negara.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen Dua Wanita Melayang Dirempuh Myvi Di Jalan Serian Ini Sempat Dirakam Dashcam Netizen
Next Article Budak Ini Dipatuk Ular Tedung, Sebaliknya Bunuh Ular Itu Dengan Menggigitnya Balik Budak Ini Dipatuk Ular Tedung, Sebaliknya Bunuh Ular Itu Dengan Menggigitnya Balik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?