• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Duit Selalu ‘Bocor’? Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Setup Tabung Kahwin Dan Sebagainya Dalam Aplikasi myASNB

Oleh
Ismail NA
28 Februari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Marilah kita berjinak-jinak membina simpanan.

Duit Selalu ‘Bocor’? Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Setup Tabung Kahwin Dan Sebagainya Dalam Aplikasi myASNB. Adakah anda merasakan bahawa gaji bulanan anda tidak tahu ‘mengalir’ ke mana setiap bulan? Atau anda mempunyai impian seperti memiliki rumah idaman, berkahwin atau melancong ke luar negara?

Isi Isi Penting
  • Marilah kita berjinak-jinak membina simpanan.
  • Cara-cara setup tabung simpanan dalam aplikasi myASNB
  • Setup dua tabung berlainan dan anda berpeluang memenangi hadiah berupa kereta Vios dan iPhone!
  • Jika anda belum memiliki akaun ASB dalam talian, anda boleh merujuk panduan ini :

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat tabung simpanan dengan mudah melalui aplikasi dalam talian ASNB? Pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang membuat pelaburan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera. Fungsi ini juga lebih kurang sama macam tabung dalam aplikasi perbankan Maybank iaitu MAE. Tapi dah alang-alang melabur dalam ASB, baik buat terus kat sini kan?

Dalam artikel kali ini, kami ingin menunjukkan kepada anda tentang cara-cara untuk menetapkan sasaran simpanan mengikut keperluan anda. Untuk pengetahuan anda juga, ASNB juga menawarkan hadiah lumayan jika anda berjaya setup dua jenis tabung. Nak tahu caranya? Jom.

Cara-cara setup tabung simpanan dalam aplikasi myASNB

Klik tab ‘Target Labur’ di bahagian kiri paparan utama aplikasi MyASNB.
Pilih sasaran simpanan anda. Contohnya seperti simpanan persaraan, simpanan kecemasan, simpanan perkahwinan dan sebagainya. Anda juga boleh menetapkan jenis simpanan mengikut keperluan anda.
Masukkan jumlah sasaran anda dan tetapkan bulan dan tahun simpanan anda tamat. Pelaburan pertama juga boleh ditetapkan menerusi simpanan ASB sedia ada. Namun langkah ini boleh diabaikan jika anda berhasrat untuk melabur tanpa menganggu simpanan sedia ada. Menerusi tetapan sasaran simpanan ini juga, anda juga boleh membuat jangkaan pulangan.
Aplikasi ini akan terus mengira berapa jumlah yang perlu anda sumbangkan dalam simpanan ASB setiap bulan bagi mencapai sasaran yang telah anda tetapkan. Tekan ‘Create Goal’ dan mulakan simpanan bulanan anda!
Duit Selalu 'Bocor'? Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Setup Tabung Kahwin Dan Sebagainya Dalam Aplikasi myASNB
Duit Selalu ‘Bocor’? Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Setup Tabung Kahwin Dan Sebagainya Dalam Aplikasi myASNB
Duit Selalu 'Bocor'? Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Setup Tabung Kahwin Dan Sebagainya Dalam Aplikasi myASNB
Duit Selalu 'Bocor'? Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Setup Tabung Kahwin Dan Sebagainya Dalam Aplikasi myASNB
Duit Selalu 'Bocor'? Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Setup Tabung Kahwin Dan Sebagainya Dalam Aplikasi myASNB

Setup dua tabung berlainan dan anda berpeluang memenangi hadiah berupa kereta Vios dan iPhone!

Bagi menggalakkan pelanggan menggunakan fungsi Target Labur ini, pihak ASNB telah berkolaborasi bersama UMW Group, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Jirnexu Sdn Bhd (syarikat pemilik RinggitPlus.com), dan GrabCar Sdn Bhd untuk menjalankan kempen #JomLabur.

Melalui kempen ini, pelanggan yang menggunakan fungsi myASNB Target Labur layak untuk menyertai kempen ini dengan syarat mereka membuka dua tabung berlainan dengan setiap satunya menetapkan jumlah sasaran minimum RM 5,000.

Duit Selalu ‘Bocor’? Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Setup Tabung Kahwin Dan Sebagainya Dalam Aplikasi myASNB

Antara hadiah yang ditawarkan untuk pelanggan bertuah adalah seperti:

  • Toyota Vios (1 pelanggan)
  • Toyota Yaris (1 pelanggan)
  • Apple iPhone 12 (2 pelanggan)
  • Apple iPad (2 pelanggan)
  • Pas akses Ringgit Plus Financial Planner (30 pelanggan)
  • Baucar GrabFood (200 pelanggan)

Pemenang akan dipilih secara rawak mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut tentang fungsi Target Labur dan kempen ini, anda boleh melayari laman sesawang dengan menekan pautan ini, myASNB : Target Labur.

Semoga panduan ini membolehkan anda menyimpan wang dengan lebih istiqamah dan akhirnya kelak berjaya mendapatkan jumlah simpanan yang diingini.

Jika anda belum memiliki akaun ASB dalam talian, anda boleh merujuk panduan ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekerja Diberhentikan, Netizen Bengang Lihat Gudang J&T CDC Kuching Bersepah Teruk Dan Tak Terurus
Next Article Masih Belum Ada Tindakan Dari Pihak Bertanggungjawab, Jalan Asajaya Ke Samarahan Makin Teruk Masih Belum Ada Tindakan Dari Pihak Bertanggungjawab, Jalan Asajaya Ke Samarahan Makin Teruk

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?