• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Elak Jalan Sesak, Petra Jaya Bakal Jadi ‘Pemula’ Kepada Sistem Pengangkutan Pintar Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
4 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Elak Jalan Sesak, Petra Jaya Bakal Jadi 'Pemula' Kepada Sistem Pengangkutan Pintar Di Sarawak

Petra Jaya bakal mendahului bandar lain

Elak Jalan Sesak, Petra Jaya Bakal Jadi ‘Pemula’ Kepada Sistem Pengangkutan Pintar Di Sarawak. Petra Jaya, yang dikategori sebagai bandar, berupaya menjadi perintis bagi pelaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) di Sarawak seterusnya mengatasi masalah kesesakan trafik yang dihadapi di kawasan itu ketika ini.

Elak Jalan Sesak, Petra Jaya Bakal Jadi 'Pemula' Kepada Sistem Pengangkutan Pintar Di Sarawak
Elak Jalan Sesak, Petra Jaya Bakal Jadi ‘Pemula’ Kepada Sistem Pengangkutan Pintar Di Sarawak. Sumber: Berita Harian

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelaksanaan ITS adalah antara tumpuan beliau dalam aspek penambahbaikan infrastruktur selain pembangunan pendidikan dan peningkatan sosioekonomi penduduk di kawasan Parlimen itu.

Mampu atasi masalah trafik secara efisien

“Kita memerlukan perancangan bukan sahaja menambah baik infrastruktur tetapi juga menggunakan teknologi yang boleh menguruskan masalah trafik secara efektif dan efisien.

“Petra Jaya berada dalam kawasan bandar jadi kos sara hidup tinggi dan kita nak bantu penduduk khususnya di kawasan ini untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 77 unit tablet sumbangan Huawei Technologies Sdn Bhd kepada pelajar daripada keluarga B40 di sini hari ini.

Elak Jalan Sesak, Petra Jaya Bakal Jadi 'Pemula' Kepada Sistem Pengangkutan Pintar Di Sarawak

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya sejak 2004 itu berkata, beliau akan meneruskan usaha menerapkan minat generasi muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi mencapai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak.

SUMBER :Berita harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ada Lagi, Kali Ini Tular Rakaman CCTV Lelaki Curi Beg Di Bintulu
Next Article Tular Di Facebook, Rumah Sunyi Jadi Target Pecah Rumah Pada Siang Hari Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?